Tip paling penting petua banyakkan susu badan selepas bersalin

KakSar bila air ketuban mula keluar kul 3.45 pagi lebih kurang pada 4 oktober tu, kakSar dah cuak sebenarnya. 

Eh betul ke aku dah nak bersalin? Allah. 

Air ketuban keluar lagi setiap kali ada mild contraction. Ya Allah betul aku nak bersalin dah.

Apa pun tak siap lagi kelengkapan baby. Kuang kuang kuang. 

KakSar kejutkan suami untuk beli pad kat 7e. Tahu apa dia buat? Dia tidur balik siap mimpi ke kedai beli pad untuk kakSar. 

Ingatkan dah beli tadi, beritahu suami bila kakSar kejutkan beliau kali kedua.

Sabar je lah. 

-----
Haha. 


Lucu bila imbas balik kejadian terbersalin ni. Hari ni dah masuk hari ke empat puluh. Yeay. 

Lagaknya macam Sambutan Hari Merdeka, yahoo MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA


Sukalah kakSar sebab lepas ni nak ke mana-mana pun boleh dengan si kecik tu. Bukanlah nak ke tempat orang ramai. Tapi ke tempat lain untuk urusan kerja. Kerja part time kakSar.

Itu cerita lain. 

KakSar kali ni nak berkongsi cerita. Kalau sebelum ni kakSar cerita tentang bersalin tenang. Kali ni kakSar nak kongsi pasal breastfeeding atau penyusuan. 

KakSar pernah tulis pasal prinsip penyusuan. Ada 7 semuanya. Ringkas dan padat. Mungkin yang belum ada pengalaman kurang jelas. 

Menyusu dengan gembira adalah impian kebanyakan ibu



Penyusuan ni, walaupun pada semua ibu ada payudara dan hormon tertentu untuk penyusuan, hakikatnya ia bukanlah proses yang mudah bagi segolongan orang.

Badan wanita ni walaupun pada namanya wanita, ia unik untuk setiap orang. Sebab apa?

Sebab wanita mempunyai mindset, ilmu dan persekitaran yang berbeza. 

Penyusuan ni perlu dijayakan. Dapat menyusukan bayi adalah suatu kejayaan kali pertama. Untuk kali berikutnya insya Allah tiada masalah lagi kerana kejayaan kali pertama akan berulang.

Jadi bagaimana nak berjaya menyusukan bayi?

Sama macam nak bersalin tenang, ia perlu dibayangkan seawal kehamilan. 

Walaupun ada sejarah keluarga, ibu tidak berjaya menyusukan wanita tersebut atas dasar susu sikit, atau memang keturunan takde susu, lupakan ia sebab tiada kaitan pun sebenarnya. Jika puting susu pendek menyukarkan susu keluar pun ada cara untuk selesaikannya. Yang paling penting, mindset ibu sekiranya tiada kecacatan atau sebab musabab perubatan jika si ibu kena makan ubat untuk penyakit.

Mindset ni meletakkan kepercayaan sebelum perkara itu benar-benar berlaku.

Maka, langkah pertama penyusuan adalah mindset ibu, tip paling penting dalam petua banyakkan susu ibu.

Ibu kena letakkan dalam minda, susu badan akan meriah, mengalir-ngalir untuk baby baru. 

Jadi nak menjadikan susu ini mengalir-ngalir dan melimpah ruah atau dengan erti kata lain, meriah, adakah ibu kena duduk saja tunggu susu keluar? Ilmu ini sangat berguna untuk ibu baru atau ibu yang nak tambah susu ibu juga.

Nak makan pun kena masak atau keluar ke kedai makan, inikan pula nak susu meriah atau nak banyakkan susu badan selepas bersalin. 

Maka dengan itu, bermulalah usaha untuk ibu-ibu sekalian.

Ada usaha, pasti ada hasilnya. 


Mindset susu banyak dan meriah mesti dikukuhkan. Ibu kena banyak bayangkan susu ibu memang meriah. Duduk saja2, dalam keadaan tenang, pejam mata. Bayangkan dalam kepala, bayangkan susu anda telah ada,  biasanya kolostrum sebaik bayi anda lahir lagi. Masa berdoa selepas solat pun boleh buat bayangan ini. Pada waktu-waktu doa mustajab lebih baik. 


Pada masa berdoa, ucapkan apa yang ibu mahu. Pada masa membayangkan tu, kena ucapkan kuat-kuat (sekuat ibu sorang jelah  boleh dengar), kalau ucap dalam hati, kurang berkesan. Berdoa atau ucap apa yang anda mahu biar badan pun boleh dengar supaya badan pun boleh ditune untuk mencapai impian tersebut.

Untuk kukuhkan lagi mindset ni berjaya, ibu-ibu kena selidik apakah yang membantu menjayakan penyusuan?

Bab ni ramai ibu2 fokus kepada gajet2 yang membantu mengeluarkan susu daripada payudara. alat ni bantuan sahaja.  

Sebenarnya, ibu-ibu kena fokus kepada alat yang menghasilkan susu ibu ni. 

Badan ibu-ibulah. 

Badan ibu perlukan nutrisi optimum untuk bekerja dengan jayanya.


Badan ibu kena dalam keadaan sihat dan ceria. Hisapan bayi pula paling baik untuk rangsang susu supaya dihasilkan kerana ia menyentuh puting ibu untuk memberi rangsangan sensorik.

Hisapan bayi merangsang penghasilan susu ibu.


KakSar sarankan, ibu-ibu ambil suplement untuk dapatkan nutrisi optimum sepanjang kehamilan, untuk baby dalam kandungan dan juga persediaan selepas bersalin. Yang ini, basic vitamin dan protein sangat penting. Sebab apa, kilang susu berkembang sejak janin ada dalam kandungan. Sebaiknya, mulakan supplement sejak awal kandungan supaya janin dan kilang susu berkembang dengan baik. 

Tu dia. Panjang lebar kakSar cerita. Apa pun, nutrisi paling penting untuk apa-apa pun. Kalau tak cukup nutrisi, ibu cepat stress. Bila stress, susu pun tidak dapat dihasilkan dengan baik walaupun tukang hisap memang dah ready sepanjang hari nak minum susu, kan?

Lepas bersalin, ibu akan merasa tidak selesa dan mungkin juga stress. Maka, ibu kena tenang dan sabar. Nutrisi yang baik buat badan ibu tenang menghadapinya. 

Insya Allah.

Salam tenang,
KakSar







KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment