Kagum dengan kejadian anak dalam kandungan

Kali ni kakSar emosi terlebih-lebih. Mungkin dipengaruhi hormon oxytocin yang berlebihan. Overdose agaknya. Oh lupa bagitahu. KakSar selamat melahirkan anak keempat pada 4 oktober lalu. Dah genap sebulan dah baby A.



Setiap kali menatap wajah baby A, hati kakSar sebak. 

Satu teringat kat arwah anak sulung. Wajah baby A persis baby sulung kakSar dulu. Pertama kali lihat baby A, terus terdetik dalam hati.



Untuk yang belum tahu cerita, kakSar kehilangan anak pertama sejurus selepas bersalin. Allah bagi pinjam kejap je. Tu pun tak dengar suara pun. 

Penyebab dia komplikasi ketika mengandung, hydrops fetalis. KakSar pernah berkongsi cerita. Tapi cerita tergantung. Nak sambung cerita pada masa lepas, belum mari itu punya mood. InsyaAllah. KakSar akan sambung cerita. Pernah sekali, ada seorang pembaca blog memgalami situasi yang sama seperti kakSar. Beliau whatsapp bertanya tentang ini. Akhirnya kakSar lihat pada gambar profile beliau, sepasang kaki baby yang rasanya lahir tidak cukup bulan. Terdetik dalam hati,  Innalillahiwainna ilaihi rojiuuun. 

Kedua, kakSar rasa masih lagi amazing dengan diri sendiri. KakSar rasa Allah maha hebat sebab dalam diri kakSar Allah jadikan kehidupan sampai ia lahir. Proses bersalin tu sebenarnya amat mengkagumkan. Daripada early pregnancy sampai la baby depan mata. Allah maha kaya. Hebatnya ilmu Allah.

Setiap kali kakSar mengandung, kakSar pasti akan mendalami ilmu mengandung, bersalin dan menyusu. Setiap kali refresh, pasti akan ada ilmu baru. Ilmu-ilmu ni kakSar kumpul, kadang akan ada satu entry pasal ilmu ni untuk kakSar baca balik kemudian hari. KakSar suka berkongsi untuk manfaat pembaca juga.

Melalui blog ni, ada juga pembaca yang bertanya tentang kehamilan. Beliau sedang berusaha untuk menimang zuriat sendiri. Banyak soalan yang ditanya. Alhamdulillah jika jawapan kakSar boleh mendatangkan manfaat kepada beliau.  Dan beliau masih lagi berhubung dengan kakSar mengenai perkara ini. KakSar doakan beliau cepat timang anak. Amin.

KakSar, 
Berkongsi rasa, terima kasih yang sudi membaca 😍




KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment