Tips supaya tidak putus asa


Satu masa datang perasaan rasa dah buat macam-macam. Tapi kenapa tak jadi- jadi?

Semua yang kita buat TAK MENJADI.

Pernah rasa macam tu? Rasa
dah tak tahu nak buat apa dah. Dada rasa ketat sampai nak bernafas pun sesak.

Ramai yang namakan keadaan ini keadaan yang terdesak.

Bila banyak kali didatangi keadaan yang terdesak ini, ramai yang putus asa berbanding yang berjaya melaluinya.

Satu persoalan penting yang perlu anda tanya,

Kenapa kita tak boleh putus asa? 

Antara sebab utama ialah kerana Allah tidak akan bebankan kita dengan perkara di luar kemampuan kita. 

Oleh itu, jangan sekali-kali membandingkan masalah kita dengan org lain. 

"Kau tak rasa.." 
"Kau tak macam aku.." 
"Kau ada.."
"Kau tak ada.."

Masalah kita tak akan sama seperti mereka walaupun nampak sama.

Setiap manusia Allah uji ikut kemampuan masing-masing.

Ada orang ujiannya kita tak nampak. Ada orang yang ujiannya kita nampak jelas. Tapi selagi bernama manusia, takkan ada manusia yang tidak dilanda ujian.

Paling penting, hindari perasaan berputus asa.

Bila mana dilanda ujian bertubi-tubi, mari kosongkan fikiran dan letakkan perkara ini sejenak di ruang pemikiran anda.

1- Ujian Tuhan adalah cara Dia nak upgrade kehidupan kita. Bila bisnes tak menjadi, kita cari jalan dan belajar macamana nak jadikannya... Bukannya terus berhenti dan rasa "hmmm...memang bukan rezeki aku.."

2- Ujian Tuhan adalah untuk mengajar kita. Kalau kita tak dilanda susah, kita senang nak rasa complacent. Bila complacent kita mulalah jadi malas, maka semua benda nak buat pun malas. Sebab rasa dah OK dah. 

3- Ujian Allah supaya kita pandang ke belakang dan ambil iktibar serta insaf dengan perbuatan kita. Semua orang pernah buat silap. Tiada org yang tak pernah buat silap. Setuju?

Bila dah muhasabah diri dengan tiga perkara di atas, 

Apa nak buat supaya tak berputus asa?


1- Berdoa memohon petunjuk dari Tuhan dengan sungguh-sungguh umpamanya Tuhan sahaja yang boleh datangkan pertolongan. 

2- Istiqomah  dan konsisten dengan apa yang anda lakukan. Kalau rasa malas nak buat  perkara tersebut, buat je. Just do it bak kata Nike. Toksah dilayan perasaan malas tu.

3- Bersahabat dengan orang-orang yang tak pernah berputus asa dan tak kenal langsung apa putus asa ni. Dengan erti kata lain, orang yang sangat positif.

Hasil yang kita dapat bila kita tak kenal putus asa adalah kita akan dapat apa yang tersembunyi di sebalik ujian tu, iaitu hikmah ujian. 

Setiap kesusahan Allah datangkan bersama-sama kesenangan. Dua kali secara berturut Allah sebut dalam Surah 'Alam Nashroh'. Jika kita percaya dengan firman Allah yang ini, kita pasti akan jumpa kesenangan jika kita lalui setiap ujian dengan SABAR dan TIDAK PUTUS ASA.

Tapi kalau kita putus harapan dan putus asa, setakat itu jelah yang kita dapat. 

Jadi, nak putus asa atau nak dapat apa kita nak?

Oh saya dah ada jawapan sendiri. Mestilah nak dapat apa yang saya nak dalam 1001 impian saya. Anda pula bagaimana?

Maisarah
SID yang sentiasa positif. :)

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment