Sup Bebola Ikan masak ala Terengganu

Ha hari ni nak share resepi masakan ala-ala Terengganu yang kawan saya juga kongsikan di wall Fb beliau. Resepi ini dan gambar secara originalnya dikongsikan seorang wanita daripada Marang Terengganu iaitu Hazerah Idris.

Beliau kongsikan resepi ini di wall FB personal milik beliau. Ia adalah resepi Tumis Laksa Terengganu. yang juga dipanggil mee calong.

Ada yang makan dengan nasi dan ada juga dimakan dengan mi.

Saya cuma berminat dengan sup bebola ikan tu aje. Cara saya masak memang serupa dan dimakan dengan nasi. Jadi saya simpan di sini supaya esok-esok anak saya pula boleh masak juga. Berangan itu penting kerana anak saya baru masuk 5 tahun! Terima kasih Hazerah Idris kerana sudi berkongsi.... moga jadi saham di akhirat sana.


Bahan-bahan :
Satu peket mee lidi, sawi dua ikat, ikan selayang atau dikenali dengan ikan sadin 1/2 kilo (dalam 4 -6 ekor), lada hitam, bawang merah 9 biji, bawang putih 7 biji dan budu.



1.Pertama sekali rendam mee lidi dahulu



2.Ikan disiang, direndam dalam garam sekejap, kemudian ditoskan. Asingkan isi ikan dan tulang temulang.



3.Hasil isi ikan.



4.Kisar isi ikan sampai lumat bersama 3 biji bawang putih, sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam.



5.Kemudian, bulat-bulatkan ia menjadi fish ball.




6.Bawang merah dan bawang putih pula ditumbuk kasar. Lada hitam pula ditumbuk sehingga halus.



7.Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam tumbuk tadi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan air sehingga separuh kuali.




8.Setelah air mendidih, fish ball tadi dmasukkan dan dibiarkan sehingga masak (bila ia timbul) . Kemudian masukkan budu 2-3 sudu kecil. Garam pula secukup rasa.




9.Selepas itu masukkan mee lidi dan sawi dan biarkan seketika sehingga sup mula mendidih. Tutup api. Terus hidangkan untuk di makan...




Semoga bermanfaat!


Maisarah



KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment