7 tip minda sihat fikir lebih hebat macam Einstein

Bila bercerita tentang otak, teringat saya tentang filem 'Zombie Kampung Pisang'. Zombi-zombie dalam cerita itu makan otak sebagai makanan. Betapa pentingnya otak-otak kepada zombie-zombie. Tapi bagi saya, cukuplah tontonan filem tersebut sekadar untuk hiburan. Tidak lebih daripada itu.

Beralih kepada cerita otak dalam alam realiti. Otak manusia pada dasarnya boleh dikatakan sebuah komputer biologi. Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga memerlukan latihan dan senaman. Anda boleh meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya, memodifikasi, atau  memanipulasinya. Anda mungkin tidak akan menjadi seperti Einstein, namun ia bukanlah satu alasan untuk tidak membuatnya menjadi lebih baik. 7 perkara di bawah ini akan membuat otak anda bekerja dengan lebih baik jika diamalkan.



1.Bermain-main dengan imaginasi anda


Luaskan imaginasi anda

Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemukan beliau dengan formula terkenal (E=MC2).


2. Ketawa


Ketawa memberi manfaat kepada kesihatan


Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan merangsang kedua sisi otak pada masa yang sama. Pastikan Anda ketawa setiap hari.


3. Berjalan kaki di tempat yang tenang


Berjalan banyak faedahnya

Menghirup udara segar yang dapat menyegarkan fikiran yang dapat mengurangkan percakapan mental yang mengganggu fikiran logik dan fikiran konstruktif. Menghabiskan masa dengan berjalan kaki di pinggiran kota, dekat sungai atau sekadar di taman akan membantu anda menyingkirkan awan kelabu dan membantu menjernihkan fikiran anda

4.Memperbanyakkan amal ibadat


Pilih ibadah yang ingin dilakukan

Memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang, mengaji dan berzikir juga boleh meningkatkan memori dan daya fokus di samping mendapat ketenangan jiwa dan fizikal.

5.Mempelajari bahasa baru


Belajar bahasa elak otak mengecut


Mempelajari bahasa baru dapat mengelak sindrom dementia (kemunduran otak) sehingga empat tahun menurut artikel yang dimuat pada New Scientist. Alasan pasti untuk hal ini belum diketahui, namun dipercayai bahawa ia memiliki hubungan erat dengan peningkatan perdaran darah dan hubungan saraf yang baik.

6. Menjadi kreatif


Memperkembang  aktiviti otak melalui kreativiti


Melukislah atau pelajari alat musik yang baru, menghadirkan diri ke kelas kesenian walaupun anda yakin anda tidak berbakat. Menjadi kreatif memungkinkan Anda untuk mencari penyelesaian baru untuk permasalahan yang sudah lama.

7.Mengambil makanan untuk otak dan menyokong fungsi otak


Makanan yang baik menyokong fungsi otak yang baik

Mengambil makanan untuk otak adalah penting supaya otak dapat menjalankan fungsinya pada tahap optimum. Makanan yang boleh diambil adalah seperti madu, ikan segar, oat, buah beri, daging, susu & yogurt dan sebagainya. Mengambil vitamin untuk otak menampung kekurangan nutrisi yang diperolehi melalui makanan harian seperti;

DHA & EPA: Nutrien yang meningkatkan memori dan daya fokus, melancar peredaran darah dan aktiviti otak
Kolina: Melancarkan aliran transmitter otak menghantar maklumat antara sel
Magnesium: Menguatkan daya fokus
Resveratrol-Membantu menjaga sel otak daripada penuaan
Antioksidan- melindungi otak daripada radikal bebas

Antara produk Shaklee yang boleh diambil untuk otak adalah Lecithin, Omega Guard, Ostematrix dan Vivix.


Lecithin membekalkan Kolina, Ostematrix membekalkan Magnesium, Omega Guard untuk DHA & EPA dan Vivix untuk Resveratrol

Okey, dah tahu tujuh tip di atas, lepas ni boleh amalkan secara berterusan. Mana tahu anda pun boleh hasilkan formula macam Einstein. Penerima anugerah Noble tu. Siapa yang tak nak jadi macam dia kan? Kurang-kurang otak macam dia pun jadilah...

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang bagus ini, saya adalah pengedar sah dan boleh hubungi saya di talian berikut:

Maisarah
ID Shaklee 890066
maisarahmohamad.uvm@gmail.com
0132015399








sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.