3 Cara menghilangkan jerawat pada muka berminyak yang tak mahu hilang sampai sudah..

Teks: Maisarah
Foto: Google


Masalah jerawat pada muka berminyak yang susah nak hilang.
Masalah jerawat tak mahu hilang-hilang? Cuba 3 cara menghilangkan jerawat pada wajah berminyak ini. Saya pasti anda dah cuba macam-macam tapi jerawat tak mahu juga pergi.
Tidak rugi mencuba. Mana tahu, dengan cara ini, kulit anda licin selicin-licinnya.

Wajah yang diimpikan oleh ramai orang. Anda juga mahu?

Mula-mula, punca jerawat tumbuh perlu diketahui dan alau anda na tahu, ia bermula dengan muka berminyak. Muka dengan minyak yang berlebihan usah dipandang ringan. Jika dibiarkan, ia akan memberi masalah yang lebih banyak kepada anda.

Anda perlu mencari penyelesaian kepada masalah muka berminyak.
 Ada 4 peringkat kulit muka dimana akhirnya jerawat yang membencikan (gatal dan menyakitkan juga, kan?) terhasil. 

1- Muka Berminyak
2-Lubang pori tersumbat
3-Kemerah-merahan
4-Bakteria

Proses jerawat terhasil.
Maka jadilah jerawat merah besar yang menyakitkan. Ouchhh... Tiap kali tengok cermin, memang sakit hati, walaupun sebiji jerawat!



Jadi bagaimana nak hilangkan jerawat membencikan? Sebelum anda baca apakah 3 poin penting untuk menghilangkan jerawat, mari kita lihat dulu apa Pn Norfarizan Mazlan kongsikan dalam video ini. Tip paling penting yang anda kena dengar betul-betul adalah pada minit ke 1.23, beliau berkongsi tentang apa yang beliau amalkan supaya kulit kelihatan lebih putih, gebu dan licin. Jom saksikan.



Ha, dah dapat tip bagaimana nak bermula? Kalau anda tengok video di atas, anda pasti tahu apa nak cari kan? 7 tahun beliau menunggu, melalui fasa malu nak keluar rumah, guna macam-macam produk dan akhirnya anda boleh lihat sendiri perbezaan ketara wajah beliau. Baguskan?

Ini membuktikan apa yang kita makan secara konsisten memainkan peranan penting dalam memulihkan kulit muka berjerawat. Walaupun ia mengambil masa, tapi hasilnya memang cemerlang.

Maka, 3 langkah mudah dan selamat untuk menghilangkan jerawat pada muka berminyak bermula dengan perubahan pada gaya pemakanan anda. Jom baca dan amalkan.
                                                     
1)Kurangkan makanan manis. Makanan manis boleh menyebabkan muka berminyak. Bagaimana tu?

Paras gula tinggi dalam darah meningkatkan paras insulin, boleh menyebabkan radang dalam badan dan beri kesan kepada hati, lalu meningkatkan paras hormon dan aktiviti hormon. Jadi, dalam hal hormon ini, hormon testosteron menyumbang dalam penghasilan sebum. Hormon ini, lelaki dan perempuan ada, cuma perempuan tak produce banyak macam lelaki. Jika hormon ini tinggi, maka sebum dihasilkan secara berlebihan membuatkan muka berminyak.

Kesimpulan nya makan makanan manis secara berlebihan, meningkatkan insulin--> sebum berlebihan--> membuatkan muka berminyak!

Jadi kena kurangkan makanan manis. Sebaliknya anda kena makan banyak makanan yang  tinggi nutrien dan fiber seperti
  • sayur-sayuran 
  • buah-buahan
  • protein yang berkualiti tinggi
  • karbohidrat yang kompleks
Makanan ini perlu dimakan dalam kuantiti yang kecil dalam 2 ke 3 jam.

Oh, kalau dah makanan yang baik, makanan yang menyumbang kepada masalah jerawat juga perlu dielak untuk tindakan pemulihan jerawat dengan lebih pantas. Antaranya;

1) Makanan tinggi kalori yang hanya ada beberapa nutrien sahaja seperti french fries, minuman soda, roti putih, pasta dan gula-gula.
2)Makanan yang mengandungi fructose corn syrup, sejenis pemanis dalam banyak makanan yang diproses. Label pada bungkusan perlu dibaca secara berhati-hati sebelum membeli makanan yang telah diproses termasuk minuman yang dikatakan sihat.
3)Makanan yang mengandungi minyak sayuran terhidrogen atau separa terhidrogen.

2) Mengeluarkan terus susu dan makanan berasaskan susu daripada diet harian.

Pakar nutrisi ada juga mencadangkan untuk keluarkan terus susu dan makanan berasaskan susu daripada makanan harian anda dan tunggu  3 bulan dan tengok apa yang berlaku selepas itu. Susu lembu ada macam-macam kat dalam tu.

Macam-macam ada....
Realitinya lembu sekarang kan kena suntik hormon, antibiotik dan macam-macam supaya boleh hasilkan susu dengan banyak. Jadi mengelakkan ia daripada diet harian amat membantu.

Tapi harus diingat, bila tidak mengambil susu dalam diet harian, anda perlu mencari alternatif lain sebagai sumber kalsium harian. Kita terlalu diobseskan KALAU TAK MINUM SUSU, maka tulang akan reput. Banyak kan iklan yang macam tu, sedangkan banyak lagi sumber kalsium dalam makanan harian kita.

Banyak jer sumber kalsium. Siapa cakap kena minum susu je?

Selain daripada makanan di atas, anda juga boleh ambil ESP atau Ostematrix sebagai sumber kalsium. 3 Sudu ESP memberikan 500mg Kalsium terus. 2 biji Ostematrix juga memberikan 500mg Kalsium.

Berbalik kepada mengeluarkan susu daripada diet harian, walaupun ada yang berjaya hilangkan jerawat melalui kaedah ini, perlu diketahui tak semua orang boleh dapat hasil yang sama. Tapi tak salah mencuba daripada membiarkan jerawat berleluasa pada wajah yang juga berminyak. Kalau tidak bertindak, masalah tidak akan selesai.

3) Keperluan nutrisi untuk bantu pulih kulit berjerawat.

Pakar nutrisi mencadangkan orang yang bermasalah kulit dengan jerawat boleh mengambil multivitamin untuk memenuhi semua keperluan nutrisi yang mingkin tidak dapat dipenuhi melalui diet harian. Namun beberapa nutrisi berasingan juga boleh membantu untuk menangani jerawat muka berminyak seperti berikut;

Asid Lemak Omega-3 - badan perlukan Omega 3 dan Omega 6 dalam nisbah yang seimbang. Tak seimbang, lebih banyak Omega 6 berbanding Omega 3 boleh menyebabkan radang dalam badan yang menyumbang masalah jerawat. Makanan harian banyak mengandungi Omega 6 seperti telur, susu dan ayam. Untuk seimbangkan nisbah ini, perlu ambil Omega 3 daripada minyak ikan yang kaya dengan omega 3. Satu pesanan di sini, tidak boleh ambil minyak ikan jika alah atau alergik dengan minyak ikan.

Selenium, Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E - antioksidan yang membantu mengurangkan radang dalam badan. Pengambilan berterusan akan mengurangkan jerawat.

Vitamin B-Vitamin B6 juga membantu mengurangkan jerawat terutamanya jerawat yang keluar sebelum haid. Ini kerana Vitamin B6 bersifat anti tekanan, yang boleh mengurangan kegelisahan dan tekanan sebelum haid. Tekanan dan kegelisahan menyumbang kepada hormon yang  tidak seimbang.

Zinc-juga membantu mengurangkan jerawat. Zinc mengawal penghasilan minyak pada kulit. Ia
bersifat anti-inflamasi (anti-radang), membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat. Paling penting, mineral Zinc terlibat dalam sintesis protein dan pembentukan kolagen dalam badan. Kedua-duanya penting untuk pertumbuhan tisu untuk mengekalkan kulit yang sihat dan segar dan mengawal pengeluaran minyak secara normal.

Dah tahu apa nutrisi yang diperlukan untuk memulihkan jerawat yang banyak pada muka berminyak? Sekarang saya nak kongsi apa yang Shaklee ada. Untuk memulihkan jerawat yang tak pernah surut kat muka, produk Shaklee yang boleh membantu terdiri daripada;

Carotomax, BComplex ,Vitamin C,Vitamin E Complex,Omega Guard dan Zinc Complex



Nota: Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila dapatkan nasihat doktor dulu. 

Itulah dia, tiga langkah mudah untuk menghilangkan jerawat pada muka bermula dengan pemakanan sihat dan melengkapkan keperluan nutrisi.
.
Jerawat ni kalau dibiarkan, lama-lama akan jadi jerawat batu yang akan meninggalkan kesan jeragat dan parut berlubang di wajah anda. Seeloknya, jangan tanguh-tangguh, cuba selesaikan dengan pemakanan tambahan yang dicadangkan ini. Bukan saja wajah makin cantik, gebu dan mulus, anda juga makin ceria sampai diminati beberapa secret admirer pada satu masa.

Hubungi 0132015399 supaya anda tak terlepas lagi dingorat Aaron Aziz.

Maisarah
Shaklee Independent Distributor
890066
0132015399 (whatsapp)


sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.