Bila masa yang sesuai untuk melabur?

"Bila masa yang sesuai untuk melabur"

Macam-macam jawapan yang diperolehi bila soalan ini ditanya. Ada yang lucu, ada yang serius.

Rakan berniaga: Sebelum duit lebur!
Rakan seperjuangan: Duit pun tiada, apa yang nak dilaburkan?
Rakan alam siber yang belum pernah bersua mata : Bila perut dah sakit, melaburlah!  :)
Rakan makan gaji dan peniaga disebelah malam: Bijak melabur, cerah masa hadapan.

Macam-macam jawapan!

"Bila masa yang sesuai untuk melabur" bagi saya mesti berbalik kepada matlamat kita untuk melabur. Melabur untuk apa? Untuk harta? Untuk kaya? Untuk simpanan untuk kegunaan akan datang? Untuk ilmu? Untuk sihat?

Saya memang melabur. Melabur dengan risiko yang hampir tiada risiko. Bagi saya la. Melabur secara kecil-kecilan. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!

Saya menggunakan pendekatan seorang sifu yang menjana pendapatan melalui urusniaga emas, boleh mula melabur bila adanya simpanan yang tidak digunakan selama setahun, dan saya telah melakukannya. Dan akan melakukannya lagi. Secara sendiri, tanpa pihak ketiga. Itu lebih mudah dan kurang berisiko.

Paling penting, mesti ada matlamat supaya lebih jelas dengan tindakan melabur ini. Matlamat saya hanya untuk kegunaan masa hadapan. :D
Itu cerita melabur saya.

Pelaburan harta, jual beli rumah, tanah, hartanah, memang keuntungan jangka masa panjang yang paling menguntungkan. Keuntungan pasif, yang selalu dibincangkan oleh Robert T. Kiyosaki dalam bukunya. Pengaliran wang tanpa henti ke akaun anda.

Bagaimana dengan pelaburan ilmu? Pasti dan memang tidak terkecuali. Belajar di sekolah, tuisyen, kolej dan belajar di universiti adalah satu pelaburan juga!

Ha akhirnya, sampailah kita ke pelaburan yang penting tetapi selalu diabaikan. Pelaburan kesihatan. Apa pelaburan yang anda buat untuk mendapat kesihatan yang baik? Pelaburan yang menyebabkan MC anda banyak sangat atau langsung tak bersentuh. Pelaburan yang memastikan fizikal anda kuat dan bertenaga. Pelaburan yang memberikan keseimbangan emosi dan tekanan. Pelaburan yang membuatkan anda ceria sentiasa.

Pernah dengar pelaburan ini?

Mahukah anda melabur dengan pelaburan ini?

Saya sedang menikmati hasil pelaburan ini dan saya pasti anda juga boleh!

Hubungi saya atau komen untuk bertanya tentang pelaburan kesihatan zaman moden ini.

Salam sihat selalu,
Maisarah
0132015399

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment