Bahaya Gadget Baru Lenovo Bahagian 2

Sambungan....

Saya memandang skrin HP baru saya itu  berkali-kali.

Alamak. Apa yang berlaku ni. Saya lihat pada skrin wassap saya jelas kelihatan dua  mesej suara yang telah tersiar tanpa SENGAJA, keduanya menunjukkan tempoh masa 12 saat dan 20 saat.

Ah sudah.

Macam-maca yang dah kami borakkan. Ku amati grup wassp yang menerima mesej tersebut. Grup kerjaku.

Pucat muka ku seketika, ku khabarkan kepada rakan disebelah ku. Kami terhenti seketika sebelum ketawa tanpa henti sepanjang perjalanan pulang ke pejabat.

Pada fikiran ku, bahaya kalau berlaku lagi situasi ini.

Bahaya dan malu. Mesej ku didengari. Mujur. Mujurlah apa yang kami bualkan hanyalah Nu Sentral yang masih baru itu.

HP baru Lenovoku yang boleh jadi bahaya andainya berlaku lagi, dan merakam kata-kata yang tidak sepatutnya. Maklumlah, baru dan masih belum di 'setting' lagi...

Sekian, peringatan untuk diri sendiri untuk kunci skrin HP setiap kali selepas guna.

Sekian,

Salam sihat cantik,

Maisarah

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment