Bulan puasa bulan mudah mengajar anak solat



Hari ni dah ramadhan ke 28, tahun 2017.


Saat kakSar tulis catatan ini , kakSar teringat peristiwa dua hari lepas.


Anak kakSar Hannan pertama kali solat sendiri dengan confident! Bacaan pun betul, tapi ada juga perlu diperbetulkan... ! KakSar gembira betul. Start bulan puasa kakSar tingkatkan kekerapan ajak anak solat sama-sama. Alhamdulillah membuahkan hasil.


Kebiasaannya bila kakSar suruh anak perempuan KakSar yang pertama umur 7 tahun untuk solat , macam-macam alasan dia bagi. Paling penting, dia nak solat sekali ngan ibunya ni. Tak mahu solat sorang2. Perkara ni dah berlanjutan sejak umur 6 tahun lagi sebab beliau ni belum lagi ingat bacaan solat. Disebabkan tahun ni Hannan, akan berumur 7 tahun bulan september nanti, target KakSar nak beliau pandai solat sebelum umur 7 tahun. Jadi sejak masuk umur 6 tahun tahun lepas, kakSar dah mula ajak solat sekali biar pun beliau menolak.


Ada masa memang sangat liat. Ada masa senang dan mudah je beliau ikut. Sama juga adiknya. standard umur 5 tahun lagi suka main waktu solat. Kadang nak tergelak kaksar. Tapi ku tahankan jua sebab solat wajib kan.. bukan solat sunat nihhh...


Kerenah anak-anak memang memenatkan bila nak solat ni. Satu kakSar nak pesan buat ibu yang mula nak ajar anak solat , SABAR tahap langit ke tujuh. Ada masa kakSar pun geram, tapi mengenangkan mereka ni masih lagi belum mumaiyiz, KakSar redho. Tapi, mereka wajib dah diperkenalkan dengan solat. Umur 9 tahun kan kalau tak solat, kan dah boleh kena pukul. so kakSar berkira-kira 3 tahun tempoh yang cukup lama untuk belajar semuanya tentang solat, solat wajib, solat sunat, solat sahwi...


Dulu kakSar belajar solat malam2 dengan tokki kakSar, praktikal solat terus. Masa tu umur berapa kakSar dah tak ingat tapi sekolah rendah. kakSar dan adik beradik serta sepupu sepapat belajar waktu malam selepas maghrib dengan arwah tokki. Kami diminta untuk beratur menghadap kiblat, pakai baju tidur je praktikal solat ni.. tak pakai tudung pun. kemudian, kami ramai2 berlatih solat wajib sambil baca kuat ditemani arwah tokki selaku guru yang ajar solat.


Satu hari, adik kakSar masa praktikal solat ketika sujud, beliau sujud dengan pipi , muka dipalingkan ke sebelah kanan. Tokki yang terpandangkan posisi tersebut terus menjerkah meninggikan suara (kakSar pun dah lupa apa yang arwah sebut), serentak itu, semua berlari turun meninggalkan rumah tokki masuk ke rumah masing-masing dan bersembunyi dalam bilik ditingkat atas.


Kenangan belajar solat yang pastinya tidak boleh dilupakan. Gelak sendiri bila terkenangkan peristiwa tu. Arwah tokki kakSar memang garang bab ilmu nih. Tak serius, memang kena la jawabnyaaaaaaaaaaaaaa...

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment