Tip Elak kepanasan di musim perayaan

Dah ramai yang gerak balik kampung nak beraya ngan keluarga. Raya-raya jugak tapi kesihatan kena la jaga ye dop..

KakSar Cuma nak share tip bagaimana nak elak kepanasan bila berhari raya… lagi kalau yang ada anak kecik.. boleh demam woooo

Dahla hari raya tibai makanan macam sebulan berpuasa… (eh betulla sebulan berpuasa…hihi ) dengan makanan yang sedap2, dengan aisnya, dengan kuih muihnya…



Jomlah kita elak kepanasan dimusim perayaan ni…



1-    Elak keluar tengahari matahari terpacak. Nak gi ziarah raya pergilah pagi-pagi… zaman sekarang waktu 10 pagi pun dah terasa panasnya macam tengahari. Masa 10 pagi-3 petang ni boleh dikatakan waktu sinaran yang agak panas. Kita boleh kena sunburn tau…



2-    Kalau pun keluar tengahari, sentiasa dapatkan perlindungan daripada cahaya matahari sama ada nak pakai payung ke, kain anak2 kecik .. topi ke.. dan sebagainya. Lagi bagus, lalu je bawah awning atau bawah pokok… Sinaran matahari zaman sekarang tak sama dengan sinaran matahari zaman dolu2..

 

3-    Bila dah panas2 nikan paling baik minumlah air secukupnya sebab badan akan lebih sejuk bila sentiasa cukup air. Cubalah minum lapan aun air setiap jam. Lagi bagus, tambahkan sedikit daun pudina ke, oren ke, lemon ke, timun ke untuk buat air tu menyegarkan. Lagi pun, bila air ada flavour ni buat tekak ok je nak minum.. nak lagi best, campur kan air dengan serbuk minuman performance drink.. dah la rasa oren, cukup lengkap dengan semua elektrolit nak bagi badan sejuk jeee…



4-    Tip seterusnya, bila dah kepanasan boleh sembur air kat kawasan kulit yang terdedah untuk efek sejuk segera.. Just masukkan air dalm botol spray, adjust semburan berkabus tu, haa kalau rasa panas sangat sembur2 la sekeliling dan kulit terdedah tu.. best tu…



5-    Hari tu ada pergi setia convection centre kat setia alam ada meeting kat situ untuk next event opis. Yang bestnye lepas lawatan tapak, ada sorang pekerja dia duk agih towel basah. Maklumlah bulan pose lepas tu masuk pula ruang takde aircond.. mau tak hottt hihihi. So tip kali ni adalah lembapkan tuala muka anda dengan air pun bagus juga.. letak kat muka, dahi, kat tangan atau kat leher khususnya wanita yang bertudung .. memang sangat best… sejukkkkk jap.. sediakan je tuala kecik dalam handbag, guna je spray air tadi tu sembur sikit2 kat tuala sampai lembap..



6-    Mak ai, dah tip ke 6 nii… tak perasan lak banyak pulak idea… Tip seterusnya ni selalu kita amalkan time anak demam. Tak perlu tunggu demam nak buat. Waktu panas pun boleh. Sapu air di kawasan pelipat atau orang panggil pressure point termasuk pergelangan tangan, belakang leher, belakang lutut. Buat macam ni pun boleh turunkan suhu badan yee..



7-    Untuk elak kepanasan juga, digalakkan untuk tidak memakai stokin… kalau wanita yang nak tutup aurat tu disarankan pilih stokin selesa dan tak panas. Sebab apa tau, kalau pakai kasut dan pakai stoking, ofcosla kaki akan berpeluh dan pada yang sama akan menaikkan suhu… kalau pakai stokin, pakai sandal ok… untuk anak-anak tak yah le bagi pakai stokin.. sian.. panas tau..



8-    Tip seterusnya, makan makanan sejuk. Contoh buah yang telah disejukkan  atau pun aiskrim.. nyum nyum nyummm yang ni pastinya semua orang suka…



9-    Tip last ni awesome sikit. Sape yang suke, memang syok. Makan makanan pedas. Sebab apa, lepas makan makanan pedas, badan akan berpeluh sakan dan last sekali, badan akan jadi sejuk. Pada masa yang sama, kita akan cari air sejuk sebab nak bagi hilang pedas…waktu tu dah tak ingat dah kepanasan haba tu… hehehe



Sekian, tip menghilangkan kepanasan di musim perayaan… untuk yang nak balik travel jauh2, berhati-hati di jalan raya yeee……

KakSar

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.