Pengasas Shaklee pernah menghidap kanser dan sembuh?

Vitalea ...multivitamin yang dah 101 dalam pasaran yang di cipta Dr Forrest C Shaklee kejap ada, kejap takde dalam pasaran. Macam biskut!

Sebab apa?

Sebab ramai dah tahu kebaikan multivitamin dan multimineral ni... Jadi semua orang nak makan... Tahun ni aje dah berapa kali insufficient kat web tu...
Saya sempat buat simpanan kalau berlaku lagi... Hihi...

Tapi dengarnya dah ada balik.dalam pasaran dan boleh mula di beli 14 November 2016. Cepat korang pergi beli atau roger je saya..saya orderkan... Kang tak pasal habis lagi...

Bila sebut Dr Forrest Shaklee, siapa dia ni? Bagaimana dia boleh comeout dengan idea produk2 Shaklee ni? Nape dan nape dia cipta vitalized mineral ni?

Belaulah pengasas Shaklee kalau korang nak tahu.

Kalo korang nak tahu, beliau dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Lahir dengan penyakit TIBI / batuk kering, tuberculosis. Doktor ramalkan beliau hanya hidup 8 tahun SAHAJA.

Mak ayah beliau membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana rawatan untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Usia kanak-kanak banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Bila sudah remaja, penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Namun, beliau tidak secergas remaja lain yang sama umur.

Meningkat dewasa, beliau berminat dengan sains Chiropractic. Maka masuklah beliau ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengamalkan chiropractic, beliau percaya perlu ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Bermula saat inilah minat beliau terhadap nutrisi bercambah-cambah dan beliau banyak membaca kajian-kajian saintifik nutrisiSehingga pada tahun 1915, beliau berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan, “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea. Ha, dah lamakan .. 101 tahun !

101 tahun dalam pasaran tau..


Pada tahun 1917, beliau buka sebuah pusat rawatan alternative yang mempunyai rawatan chiropractors, osteopaths, internist dan pakar bedah. Pesakit-pesakit juga dirawat dengan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya maju.

Cuaca baik tak sampai petang. Dalam pada menguruskan pusat rawatan , Dr Shaklee mempelajari bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray . Bahaya pendedahan terhadap sinaran X ketika itu masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau telah disahkan menghidap kanser selepas buat pemeriksaan setelah mengalami sakit di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.

Doktor yang mengesahkan kanser memberitahu sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Mana mungkin beliau kudung ketika kerjaya sedang melonjak naik.

“Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. sambil percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.

Betul, setuju sangat...


Beliau jual pusat rawatan dan mula merawat diri sendiri dengan intensif dengan pengambilan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap serta berpuasa. Makanan beliau banyak buah dan sayur yang segar serta suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Kanser beliau takde pun tanda-tanda positif untuk sembuh namun beliau tidak berputus asa. Beliau teruskan berfikiran positif dan meneruskan pengambilan nutrisi lengkap.

Penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh, kesihatan dan tenaga semakin pulih. Dan paling best, beliau masih hidup! Sehingga umur 91 tahun pulak tu.

Beliau yakin bahawa sel-sel sihat dalam badan beliau berjaya mengalahkan sel kanser dan nutrisi yang bagus boleh bantu orang lain untuk sihat juga.
Fikir baik, buat baik..

Pada tahun 1924,sekali lagi Dr Shaklee membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau guna makanan tambahan (suplemen) yang dipakejkan .Tak lama, tahun 1929, pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod. Tapi beliau tidak putus asa, beliau bangun balik dan membuat keputusan untuk fokus kepada bidang nutrisi.

Maka, inilah Shaklee pada hari ini hasil sumbangan dan kajian Dr Forest Shaklee.

Saya sangat kagum dengan beliau, walaupun dah jatuh banyak kali diuji dengan peristiwa yang boleh melemahkan orang, Dr Shaklee bangkit melawan dan mencari jalan untuk sihat dan bangun kembali. Beliau juga berkongsi hasil penemuan beliau supaya msyarakat lebih sihat.

Yang ni pun saya setuju sebab merawat dan mencegah adalah dua perkara yang berbeza tapi tujuan sama... untuk kesihatan...

Saya amat berbangga untuk turut serta berada dalam kelompok pengamal Shaklee dan meneruskan perjuangan Dr Shaklee. Bantu masyarakat untuk lebih sihat, bina kesihatan yang lebih bermakna.

Maisarah Mohamad
Siapa mahu bersama saya? Anda amat dialu-alukan... wassap saja di 0132015399

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment