Cara hilangkan senggugut yang teruk sehingga tak perlu MC lagi

Nak tahu cara hilangkan senggugut yang teruk sehingga tak perlu MC lagi? 


Tahukah anda sengugut ni kenapa berlaku? 

Sebabnya hasil pengeluaran prostaglandin yang stimulate kontraksi otot rahim untuk mengeluarkan darah haid.


Normal berlaku di kalangan anak muda, umur belasan dan umur 20an. Tapi sengugut yang biasa2 je. Takdelah sampai menganggu aktiviti harian. Bila bersalin sepatutnya dah takde. 

Tapi kalau pertama kali sengugut pada umur lebih daripada yang kat atas tu, doktor kata kena gi jumpa dia..😁😁😁

Eh lari plak cerita. Sebenarnya nak cite kalau sengugut teruk sampai ganggu aktiviti harian, sampai dalam sebulan tu mesti MC disebabkan sakit ni.. Ha apa nak buat?

Sebenarnnya, pemakanan main peranan. Cukup nutrisi yang diperlukan, insya Allah baiklah dia.

Suplemen ni tujuan dia nak relakskan otot yang kene krem, nak kurangkan radang @ inflammasi yang di sebabkan hormon prostaglandin dan yang ketiga nak legakan sakit krem tu jugak...

Supplemen yang nak kena ambil termasuklah


Ostematrix sebab ada kalsium dan magnesium. Magnesium nilah fungsinya untuk relakskan otot.Pengambilan kalsium sangat membantu sehingga 48% PENGURANGAN simptom PMS termasuk rasa sakit, sembap air, rasa negatif dan rasa nak makan.


Omega 3 / GLA mengurangkan radang dan krem yang disebabkan hormon prostaglandin. Hormon prostaglandin macam yang saya dah beritahu kat atas, fungsi dia mengecutkan otot rahim supaya darah boleh dikeluarkan.. Tapi pada masa yang sama dia juga boleh menyebabkan radang.. So makan Omega Guard atau GLA yang berfungsi untuk kurangkan radang sebab hormon tersebut...




Vitamin E  pula boleh melegakan rasa sakit. Tak ambil vitamin E Ini pun tak mengapa sebab vitamin E pun ada dalam GLA.

Bila dah makan supplement, pemakanan harian harus seiring.

Biasanya wanita yang mengalami PMS akan mengalami perkara-perkara berikut seperti

Payudara membengkak,  dan sembap air, sakit kepala, sering sakit badan termasuk sengal pinggang dan sendi, moody, cepat tertekan, rasa nak makan sepanjang masa.

Oleh kerana itu, sepanjang masa mengalami PMS ni, kenalah makan makanan yang memulihkan dan elak makanan-makanan yang akan memburukkan lagi keadaan ini.

Diet tinggi lemak di kaitkan dengan sakit payudara. Jadi elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak adalah bagus.

Minum susu pula akan mengurangkan rasa kembung,  krem dan rasa nak makan. Sama macam makan kalsium. Tapi sebab susu sumber nutrisi yang baik termasuk protein.

Memandangkan rasa kembung dan berangin pasti akan di alami wanita yang PMS, elak makan makanan yang berangin kepada anda. Lain orang lain makanannya. Contoh, kawan saya tak boleh makan pisang, jika makan habislah dia berangin dua tiga hari diikuti sakit perut. Anda pasti tahu makanan tersebut.

Elak juga makanan yang bila makan lenguh satu badan seperti pulut.

Banyakkan makan sayur dan buah yang tidak mendatangkan masalah berangin kepada anda.

Semoga dengan amalan pemakanan ini membantu menghilangkan pms teruk anda.

Maisarah
Rasa lebih best bila tetiba masuk toilet baru perasan dah datang haid.... Hmm ceria je..

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment