Cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil untuk suami dan isteri

Ketidaksuburan boleh ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk mendapat anak setelah setahun mencuba. Kadang-kadang ia adalah masalah si ibu. Kadang-kadang ia adalah masalah si ayah.

Tak kiralah masalah siapa pun. Yang pastinya, kedua-dua mereka berkongsi keinginan memiliki zuriat sendiri yang membuak-buak namun tidak memiliki keupayaan tersebut. Penantian yang amat menyeksakan bagi pasangan ini. Mereka berkongsi penderitaan yang orang lain tak nampak. 

Zaman sekarang, banyak cara berteknologi tinggi untuk menyelesaikan masalah ketidaksuburan ini. Ujian kesuburan, suntikan hormon, telur yang diperam dan embrio yang dibekukan. Kadang-kadang membuatkan pasangan yang mengalaminya merasakan ia sangat keterlaluan dengan apa yang dilalui.


Namun sekiranya, hasil daripada apa yang telah mereka lakukan adalah seorang bayi yang sihat, segala perbelanjaan, ketidakselesaan dan penantian adalah sangat berbaloi.

Sebaliknya, sampai satu masa, dah buat macam-macam termasuk cara yang paling canggih dalam dunia tapi masih juga tiada hasil yang dimahukan, apa lagi nak buat. Ada tak cara lain yang lebih senang?

Jawapannya: Kadang-kadang ada.

Nutrisi nak buat baby... 

Eh lain macam bunyinya hihihi... Ni namanya nutrisi untuk hamil. Bukan isteri sahaja, tapi suami juga.

Bila masuk bab nutrisi, ada cadangan pemakanan dan makanan tambahan yang sesuai untuk merangsang dan menyediakan wanita dan juga lelaki supaya kehamilan boleh terjadi.



Namun sebelum masuk bab nutrisi, kita mesti bercakap tentang stress terlebih dahulu sebab ada link di situ. Bakal ibu mesti mengamalkan petua elak stress, untuk sentiasa tenang supaya hormon wanita progesterone yang dihasilkan dalam kuantiti yang tepat untuk persenyawaan berlaku. Namun perempuan bila stress, hormon kortisol pula yang wujud, menganggu kuantiti hormon progesterone. Maka, peluang untuk hamil berkurang. Pada ketika ini, badan mula bertukar kepada mode tertekan "nanti-nantilah mengandung, aku kena survive dulu ni". Lebih kurang.

Stress di atas adalah stress daripada tempat kerja dan keluarga. Ada tambahan stress lain terhadap badan seperti toksin yang nak tak nak badan kita terpaksa hadap juga. 

Perkara pertama adalah kalau suami merokok, nasihatkan beliau untuk berhenti merokok. Yang keduanya, suami isteri perlu elak terus kafein dalam pemakanan dan alkohol daripada hidup anda jika nak hamil. Banyak kajian membuktikan mengambil lebih 300mg kafein sehari antara sebab kenapa lambat persenyawaan berlaku.

Tiga perkara ini: merokok; minuman berkafein; alkohol adalah tiga perkara "jahat" bila mana pasangan nak buat baby. Menjauhi tiga perkara ini meningkatkan peluang mendapatkan anak perempuan atau lelaki dalam hidup anda. ANAK sememangnya lebih bermakna daripada seluruh isi dunia buat masa ini.

Stress badan yang seterusnya adalah pilihan makanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada peluang rendah dapat anak.

Banyaknya stress.... So boleh fikir macam mana sel kita nak survive kat dalam tu? Nampak tak kepayahan nak meneruskan kitaran hidup sel telur wanita atau sel telur lelaki? Persekitaran dalaman penting ye.. Nak kena 'bersih'. Supaya telur yang dihasilkan sihat dan kuat. Analoginya, umpama rumah kena bersih, barulah kita sihat. Kalau kotor, kita pun jadi tak sihat..

Nak elak stress2 ini, penting ye senaman rutin, makan banyak whole food serta capai dan kekalkan berat badan yang ideal. Whole food yang di maksudkan kat sini adalah makan lebih banyak buah, sayur, whole grain, ikan dan kurangkan makan daging, saturated fats, trans fats dan makanan yang diproses. Nak senang, elak semua makanan dalam plastik yang boleh ngap terus atau makanan segera.

Kaitan Nutrisi

Memang betul nutrisi bukanlah faktor utama yang menyumbang ketidaksuburan. Tapi penting bagi pasangan suami isteri untuk mempunyai diet yang sihat supaya peluang dapat anak meningkat.

Apakah faktor ketidaksuburan

Faktor utama yang menyumbang ketidaksuburan wanita adalah kegagalan untuk mengovulasi yang mungkin dipengaruhi oleh pemakanan dan ketidakstabilan hormon. Dua golongan: wanita yang teramat kurus dan wanita yang terlebih berat badan telah dikenalpasti golongan yang tidak dapat berovulasi kerana jumlah lemak selalunya berkait rapat dengan paras estrogen.

Bagi si suami pula, bilangan sperma yang sikit merupakan faktor ketidaksuburan lelaki.

Melengkapkan keperluan Nutrisi sebagai cara untuk  mengatasi ketidaksuburan

Boleh juga panggil nutrisi untuk buat baby juga yang terdiri daripada 


Multivitamin.
Ia penting untuk memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan badan. Untuk wanita dan juga lelaki.

Asid lemak
Minyak ikan sumber yang baik untuk keperluan asid lemak EPA dan DHA yang amat diperlukan untuk persenyawaan dan peringkat awal kandungan.

GLA - Gamma linolenic acid
Ia membentuk prostaglandin untuk menyeimbangkan hormon wanita bagi mengatasi ketidakstabilan hormon. Kestabilan hormon juga membantu mengembalikan berat ideal bagi wanita yang terlalu kurus atau terlebih berat, keadaan yang sangat penting untuk persenyawaan.

L-arginine
Asid amino yang menolong badan untuk membahagi sel dengan baik dan juga meningkatkan pengaliran darah ke rahim. Ia sangat membantu wanita yang akan melalui kaedah persenyawaan in vitro. Amaun yang dicadangkan adalah sebanyak 16 mg sehari. Nampak macam banyak, namun mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1999, menunjukkan jumlah ini sangat membantu. 

Iron / zat besi
Wanita yang mengamalkan diet kaya atau mengambil makanan tambahan iron atau zat besi kurang mengalami ketidaksuburan ovulasi berdasarkan kajian yang dibuat oleh universiti Harvard pada tahun 2006 terhadap kes ketidaksuburan ovulasi. Amaun yang di cadangkan 18 mg.

Asid folik
Doktor sentiasa menasihati wanita yang ingin megandung atau yang sedang mengandung untuk mengambil cukup asid folik untuk mengurangkan masalah kecacatan saraf tunjang pada bayi seperti spina bifida. Anda boleh mencukupkan semua keperluan vitamin B anda dengan mengambil makanan tambahan B Complex.

Vitamin B12
Ada kajian yang menunjukkan vitamin B12 boleh membantu meningkatkan bilangan dan motiliti sperma. Kajian mencadangkan untuk kedua wanita dan lelaki untuk mengambil makanan tambahan bagi mencapai paras B12 yang normal dan tinggi. Multivitamin dan B Complex sangat membantu meningkatkan paras yang diperlukan.


Vitamin E
Ia sangat penting untuk lelaki dan wanita dan bertindak sebagai antioksidan. Untuk lelaki, ada kajian membuktikan vitamin E menjadikan sperma lebih subur. Bagi wanita pula, ia membantu mengekalkan kandungan, jadi ia sangat penting untuk wanita yang telah mengalami keguguran. Amaun yang dicadangakan adalah sebanyak 400 - 800 IU.

Zinc 
Ia memainkan peranan penting dalam pembahagian sel dan meningkatkan kesuburan. Adalah dicadangkan, setiap lelaki & wanita untuk mengambil 30 -60 mg setiap hari.

Jika diringkaskan, 

Untuk wanita sahaja: 

  • GLA
  • L-Arginine
  • Asid Folik

Untuk kedua wanita dan lelaki
  • Multivitamin
  • DHA
  • EPA
  • Selenium
  • Vitamin B12
  • Vitamin E
  • Zinc


Jadi apa yang kami boleh bantu dengan vitamin semula jadi yang ada?

Set kesuburan suami isteri


Untuk kedua wanita dan lelaki
1)Vitalea - multivitamin dan mineral,
120 biji
2)B Complex - mengandungi semua jenis vitamin B dan asid folik, 120 biji
3)Omega Guard- mengandungi EPA dan DHA, 90 biji
4)Vitamin E - mengandungi Vitamin E & selenium 120 biji
5) Zinc Complex 120 biji

Untuk wanita sahaja
6) GLA Complex 60 biji 
7)ESP- sumber L-Arginine,  850 gram

Apa kata mereka yang dah ambil produk?





Hubungi 0132015399 segera supaya peluang hamil meningkat sekaligus mengurangkan penantian yang cukup menyeksakan. Jom usaha demi seorang zuriat penyeri suami isteri...😀

Maisarah
SIDPRO 890066
Pengedar Shaklee Taman Kantan Permai, Kajang, Bangsar, Bangsar South


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment