Diet tinggi fiber bantu turunkan kolestrol

Korang tau tak

Diet tinggi fiber boleh turunkan kolestrol secara efektif sama seperti diet rendah lemak.

Satu kajian terbaru boleh menjadi sebab anda perlu makan lebih banyak fiber sebagai salah satu cara menangani kolestrol tinggi.

Kajian tersebut menyatakan, menambah 10g fiber boleh larut air ke dalam diet seseorang akan menurunkan paras kolestrol sama seperti seseorang yang mengamalkan diet rendah lemak (pengambilan lemak kurang daripada 30% kalori) sebab nak turunkan paras kolestrol juga.

Tambahan lagi, peserta yang terkeluar daripada kajian hanyalah 13% sahaja sepanjang 6 bulan kajian, menggambarkan diet fiber tinggi lebih senang untuk dikekalkan berbanding diet rendah lemak...

Haa.. Sapa-sapa dalam misi nak turunkan kolestrol dalam darah patut lebihkan fiber dalam diet okeyy..

Banyak mana nak makan fiber ni?

5-10 hidangan buah dan sayur... Kalau sebelum saya pernah cerita tentang buah pir dan epal bantu turunkan berat, maka paling baik

10 hidangan.

Senang. Tak pening2 nak fikir banyak mana nak makan. Hihi...

Kot ada yang tertanya, apa makanan fiber tinggi ni?


Antaranya,

Buah tinggi fiber;
Buah apple, buah pir, starwberi, dried-fruit seperti buah prune dan aprikot

Sayur;
Corn, peas, kentang dengan kulit, keledek, brokoli, brussel sprout

Bijirin
Wholegrain, beras perang


Eh banyak la pulak tertulis.

Semua sebut 'kolestrol rendah dengan makan fiber' sama-sama jom...😀😀😀


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment