Manfaat makan sayur dan buah

Berapa banyak nak makan??
Kita semua memang tahu makan buah dan sayur memang banyak manfaat. Perkara ni berulang kali ditekankan dalam program kesihatan. Tapi ramai juga yang tak makan. Hairan kan?

Kalau anda nak tahu, manfaat makan sayur dan buah menurunkan risiko kanser. Dalam 200 kajian, orang yang makan sayur dan buah dengan banyak, risiko untuk dapat kanser menurun sebanyak 50%! Bukan sikit-sikit tu...

Jadi jom makan sayur. Saya faham ramai yang beritahu hanya secara umum.  Saya percaya banyak persoalan yang jarang dikemukakan tentang sayur dan buah. Soalan ini juga sering terlintas dalam fikiran saya. Jadi saya nak zahirkan di sini.

Persoalannya;

Berapa banyak makan buah sehari?

Berapa banyak makan sayur sehari?

Makan sayur dan buah apa?

Kalau nak elak penyakit kronik seperti sakit jantung nak makan apa dan berapa banyak?

Jom cari jawapan.

Kalau dalam program nutrisi, nutritionist selalu beritahu, sekurang-kurangnya makan 3 serving sayur dan buah sehari. Ini paling minimum. 

"Eh satu serving ni banyak mana???"

Satu serving bersamaan satu cawan sayur atau satu cawan buah. Boleh agakkan banyak mana nak makan. 3 serving paling minimum yang perlu anda makan kalau takde penyakit. Keperluan waktu biasa.

Menurut Elaine Magee, seorang penyelidik nutrisi dalam bukunya Food Synergy mencadangkan makan 5 serving sayur dan buah setiap hari untuk dapat manfaat makan buah dan sayur. 

Tapi untuk nak dapat kesihatan optimum, yang susah anda nak jatuh sakit, anda patut makan 9 serving buah dan sayur setiap hari...

Yup, setiap hari.

Wohoho 3 serving pun susah nak kejar, inikan pula 9 serving. Takpe. Positif. Positif. Mula-mula nak biasakan tu ambil masa. Lama-lama, saya pasti anda akan mula seronok bila dah rasa badan makin sihat.

Kesimpulannya, 

Paling cikai makan 3 serving sayur dan buah. Ini keperluan. Satu serving untuk makan pagi, tengahari, malam. Kalau ini pun tak dapat buat, carilah mana-mana supplemen yang baik dan selamat.

Kalau anda memang nak jaga kesihatan, perlu makan 5 serving buah dan sayur setiap hari. Supaya sentiasa sihat. 

Dan kalau anda betul-betul nak kesihatan yang optimum(jarang jatuh sakit) makanlah 9 serving sayur dan buah setiap hari.... 9 serving tu makan jangan makan sekaligus... Lain jadinya... Setiap kali makan, boleh ambil satu serving buah dan  dua serving sayur.

Contoh: 

Makan pagi: 3 serving ( dua serving sayur dan satu serving buah)
Makan tengahari: 3 serving
Makan malam: 3 serving 

Cadangan saya, makanlah sayur dan buah dahulu berbanding makanan lain supaya anda kenyang dulu menyebabkan makanan seperti nasi jadi kurang makan. Petua ini selalu saya amalkan untuk anak saya. Keluarkan buah dahulu. Memang menjadi...

Dah tahu jumlah nak makan sayur dan buah banyak mana, kita beralih kepada soalan kedua. Buah dan sayur apa nak makan ni???

Makan buah dan sayur paling memberi perlindungan.

Apakah ia?

Untuk sayur, anda boleh pilih makan seperti ini.

Bawang, bawang putih, kekacang, lobak pelbagai warna, sayur berwarna kekuningan, sayur berdaun hijau/warna gelap.

Untuk buah
Selalu yang dicadangkan adalah buah sitrus seperti oren, buah berries seperti blackberry, cranberry. Nak makan buah epal, pir, tembikai, jambu batu, nanas dan pisang pun boleh. Terpulang.

Tapi, ikut sukatan ye :).

Sekarang, masuk soalan ke empat. Apa nak makan nak elak sakit jantung?

Menurut kajian, lelaki yang makan 5 serving atau lebih buah dan sayur (dan makan tak lebih 12% lemak tepu) akan menurunkan risiko diserang sakit jantung sebanyak 76% ye... Uihhh banyak. 

Cuba anda fikir sejenak;

Jika anda lelaki, banyak mana anda makan buah dan sayur sehari?

4 serving?
3 serving?
2 serving?
1 serving?
Tak makan langsung?
Biasa makan makanan bergoreng atau makanan bersantan?

Jika ya;

Tahniah, anda sedang meningkatkan risiko sakit jantung sebanyak 76%.

Jika tak mahu sakit jantung, apa yang perlu anda lakukan adalah makan 400 gram buah dan sayur setiap hari untuk cegah sakit jantung.

400 gram??? Macam banyak. Tapi sebenarnya sikit je.

Ini contoh bagaimana nak dapat 400 gram tadi tu. Tapi kalau hari-hari nak buat ini pun boleh.

1 cawan brokoli yang di kukus
2 cawan daun bayam mentah( buat salad le)
1 cawan buah oren yang telah dipotong kecil
1 cawan blackberries (atau buah berries yang lain)

Jumlah berat: tadaaaa 592 gram....

Dah makan sayur dan buah, kenalah jaga pemakanan lain juga. 

Kurangkan makanan bergoreng.
Kurangkan makanan bersantan.
Kurangkan makan daging merah.

Janganlah kerana kita dah makan makanan yang nak cegah, tapi pada masa yang sama turut makan makanan yang menyumbang kepada sakit jantung. 

Boleh fikir sendiri kesan dia, kan.. Okey panjang berjela sudah.. Tunggu entri seterusnya pula ye...


Maisarah

Kalau kurang makan sayur dan buah, cepat je nak kena demam batuk selsema.... Jadi nak kena maintain paling tidak 5 serving sehari.. 

Ohhh *tangan di dahi*

SID pro 890066
Whatsapp 0132015399 

#pengedarshakleekantanpermai
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleeplazapantai
#pengedarshakleelrtkerinchi




KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment