Tidak kemas katil adalah bagus untuk kesihatan?





Pagi ini masak awal supaya tengahari boleh bersiap sedia untuk ke program Leadership Development anjuran Shaklee.

Baru je lepas suapkan anak-anak makan, mereka ( suami dan anak-anak) keluar untuk membeli lampu.

Mamanya apa lagi, terus ke Uncang Vitamin online sebab baru sahaja terbaca satu info. Satu sebab untuk tidak mengemas katil bila bangun tidur.

Korang tau tak

Tidak kemas katil ketika bangun pagi adalah baik untuk kesihatan anda?

Hah? Apa kes? Pasti anda tertanya-tanya.

Saya baca di The Loop yang kawan FB kongsikan pagi ini. Tak sangka. Ada perkara baik yng berlaku disebalik 'kerajinan' (baca sebaliknya ye) untuk mengemas katil.

Apa yang ditulis oleh Chris Jancelewicz buat saya tersenyum.

Makanya, saya rasa dengan senang hati saya pasti akan mengikut nasihat yang telah diutarakan dalam artikel tersebut.

Apa yang beliau tulis?

Ha, tentang hama rumah. Korang tau tak mereka secara berleluasa tinggal di tempat tidur kita?

 Malah, rata-rata katil boleh menjadi rumah kepada 1.5 juta hama! Mereka ni makan kulit manusia yang dah menggelupas. Sebab itulah mereka suka tinggal dengan kita di tempat tidur. Sumber makanan banyak.  Alergen yang dihasilkan sebenarnya adalah tahi hama (dah makan, mestilah berkumuh :) ) mudah dihidu semasa tidur dan merupakan punca utama penyakit seperti asma.

Pada waktu malam, kulit kita mengelupas dan pada masa yang sama boleh juga berpeluh, Bagi hama, kalau tempat tidur kita tu lembap dan banyak pula makanan dia, maka bagi mereka ia adalah kenduri.

Pada waktu pagi, jika kita tarik selimut dan mengemas tempat tidur serta-merta, semua kulit menggelupas, peluh kita dan hama akan terperangkap di bawahnya.

Sebaliknya berlaku, jika kita tidak mengemas tempat tidur, hama, kulit-kulit, peluh, semua itu akan didedahkan kepada udara segar dan cahaya.

"Kita tahu bahawa hama hanya boleh hidup dengan mengambil air dari atmosfera menggunakan kelenjar kecil pada bahagian luar badan mereka," Dr. Stephen Pretlove daripada Universiti Kingston berkata kepada BBC.

"Sesuatu yang mudah seperti meninggalkan katil tanpa dikemas pada siang hari boleh menghilangkan kelembapan dari cadar dan tilam supaya hama akan menjadi kering dan akhirnya mati."

Pakar mengesyorkan meninggalkan katil anda tidak dikemas untuk sepanjang hari - ya, keseluruhan hari - dan kemas kemudian apabila anda tiba di rumah nanti. Ketika itu, banyak hama akan mati.

Senang dan jimat duit. Tak payah sembur-sembur bagai.

#Korangtautak
#kttshaklee

Maisarah
SIDpro 890066
wasap 0132015399



KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment