Jambatan Runtuh di Jalan Kuching?

Kecoh semalam jambatan di Jalan Kuching runtuh. Cepat je tersebar.Rupa-rupanya ada satu kemalangan jalan raya menyebabkan gambar kesesakan lalu lintas besar-besaran di Jalan Kuching diviralkan membawa kepada khabar angin ini. Khabar angin je.




Sebenarnya  terdapat perlanggaran yang melibatkan kereta, van dan tiga motosikal di Jalan Kuching. Dalam kejadian 8:30 itu, van yang terbakar tetapi tiada kemalangan jiwa.


Pesanan-pesanan "jambatan runtuh berhampiran Sogo" dihantar pengguna internet menjadi kegilaan.

Saya di pejabat ketika itu, mujurlah rakan FB saya telah update status pagi-pagi. Ada kemalangan dan kereta terbakar di Jalan Kuching dan memberitahu kesesakan teruk berlaku.

Selidik punya selidik, kereta sedang menuju ke Kepong apabila pemandu hilang kawalan, menyebabkan kenderaan itu masuk ke laluan bertentangan. Berlakulah kemalangan.

Moral of the story, kita kalau nak sebarkan gambar atau apa sahaja maklumat di media social, mohon berhati-hati. Berhati-hati dengan menyelidik dulu kesahihan sesuatu perkara.

Sifat “Anaah”

Ia adalah adalah sifat yang membimbing seseorang supaya melambat-lambat dalam keadaan yang tenang, penuh dengan hemat atau berhati-hati dalam
mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dahulu mengkaji-selidik, membuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh
dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan asas sifat warak. Sifat ini penting kerana pokok kepada ibadat adalah warak, berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan dalam berurusan.

Jika sebaliknya, maka yang berlaku adalah: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Oleh kerana itu, luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat ‘anaah’ itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan
supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Dalam hal penyebaran maklumat, jika sifat “anaah’ ini diamalkan, In Sha Allah keburukan dan risiko kemudaratan dapat dikurangkan.



Rasulullah bersabda, maksudnya: "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".

Selamat berhujung minggu....

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment