5 Soalan POWER Kenapa Shaklee Tidak berkesan




Saya sering ditanyakan soalan, "Kenapa makan shaklee tidak berkesan?"

Kenapa beliau makan shaklee tidak berkesan sedangkan orang lain makan shaklee terus menunjukkan kesan?

Sebelum saya masuk kepada 'kenapa' ia berlaku, mari kita lihat apa membezakan beliau dengan orang lain.

  • Yang pertama MASA. Berapa lama anda makan Shaklee? Tanyakan soalan ini pada diri anda dan tanyakan juga soalan ini pada individu yang anda kenali tersebut. Jika baru makan dua hari dan mengharapkan kesan serta merta, satu fakta yang anda perlu tahu adalah Shaklee sebenarnya BUKAN UBAT.
  • yang kedua adalah berapa TAHAP KEROSAKAN organ dalaman yang anda alami berbanding beliau. Ini juga perlu diambil kira kerana tahap kerosakan berbeza-beza. Makin banyak kerosakan, makin lama masa yang diambil untuk pulih dan semakin banyak usaha yang perlu dilakukan.
  • yang ketiga, USAHA bersungguh-sungguh antara yang mendekatkan anda dengan matlamat kesihatan yang diperlukan. Anda perlu berusaha secara menyeluruh, bukan hanya sekadar makan Shaklee, tetapi pada masa yang sama tetap juga membuat perkara-perkara yang menyumbang kerosakan atau menganggu kesihatan diri sendiri seperti minum air yang sedikit,  merokok, persekitaran rumah yang bertoksin dan sebagainya.

Jadi, dalam nak memulakan sesuatu, inilah yang anda perlu pertimbangkan. Perbezaan ini yang pastinya tidak akan sama dari individu kepada individu yang lain.

Jadi kenapa Shaklee tidak berkesan kepada anda? Tanyakan 5 soalan power ini kepada diri anda.


1) Makan Shaklee untuk apa?

Anda perlu jelas kenapa perlu anda makan Shaklee. Jika ada sebarang penyakit, anda perlu memberitahu SID supaya SID Shaklee dapat membantu memberi cadangan supplemen yang paling sesuai untuk anda. Jika anda sendiri pun tidak tahu apa yang anda alami, bagaimana mungkin SID tahu supplemen apa yang paling sesuai untuk anda? Produk paling sesuai mampu menunjukkan kesan yang pantas jika diambil secara konsisten.

2) Adakah anda makan Shaklee setiap hari?

Anda telah membeli vitamin Shaklee. Adakah anda makan Shaklee setiap hari?

Ini menjadi persoalan utama, jika anda mahukan kesan yang sepatutnya perlu anda dapat, anda mesti KONSISTEN makan Shaklee setiap hari seperti yang dicadangkan oleh SID. Jika tidak konsisten, apa yang menyebabkan anda tidak konsisten? Tidak suka pil? Banyak sangat nak telan? Lebih suka cecair? 

  • Jika anda lebih suka makan pil, minta bantuan SID aturkan satu jadual vitamin untuk anda supaya anda tidak perlu menelan vitamin yang banyak pada satu masa.
  • Jika lebih suka cecair, beritahu SID awal-awal supaya beliau maklum dan tidak mencadangkan pil untuk anda. Mudahkan?
  • Kedua-dua langkah ini penting supaya anda boleh konsisten, dan kesan yang anda mahukan cepat diperolehi.

Walaupun vitamin yang telah dibeli merupakan set premium  (baca semua vitamin yang diperlukan untuk satu penyakit) dengan harga yang boleh tahan mahalnya, jika anda makan tidak ikut jadual dan asyik skip, anda dapat hasil sebagaimana usaha anda. Hukum yang cukup adil.

3) Adakah anda pantang makan?

Masalah hari ini adalah ramai di antara kita yang lebih 'pantang nampak' berbanding daripada pantang makan. Dalam merawat penyakit, memang betul kena pantang makan. Cara hidup kita sebelum ini memang telah terbukti secara jelas menyebabkan penyakit kepada kita. Hasilnya anda mahu makan Shaklee sebab penyakit tadi. 

  • Jadi kenapa perlu meneruskan cara hidup yang sebelum ini terang-terangan telah menyebabkan penyakit kepada anda?

  • Oleh itu, ubah cara makan anda. Kurangkan semua makanan seperti gula, makanan diproses, makanan segera dan apa jua makanan kesukaan yang anda sentiasa makan yang telah menyebabkan anda sakit seperti sekarang.
  • Secara ringkasnya, saya selalu cadangkan kepada pelanggan saya untuk mula minum air 3 liter dan ke atas, makan nasi segenggam setiap kali, ikan, sayuran yang banyak, buah dan bersenam. Jadikan ini sebagai cara hidup baru demi untuk pulih. 

Mudahkan?

4) Adakah anda minum air minimum 3 liter?



Air merupakan sebatian terbesar dalam badan manusia dan merupakan keperluan paling utama. Jika mahu kesan pantas, memang anda perlu minum air lebih 3 liter. Okeylah, senang cerita kita ambil contoh membasuh pakaian. Pakaian yang di basuh dengan air sikit berbanding air banyak, mana yang lebih bersih dan bebas daripada sabun? Sudah tentu pakaian yang dibasuh dengan air banyak.

  • Badan memerlukan air yang banyak untuk menyingkirkan toksin dan bahan kumuh supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.
  • Formulanya, 1 liter air untuk setiap 25 kg berat anda. Lebih banyak, lebih bagus. 
  • Bila menyebut tentang air banyak,  bila nak minum banyak-banyak air ni? Sebetulnya minum air dalam jumlah yang badan perlukan bermula bangun pagi sehingga kita tidur balik sebelah malamnya. 
  • Namun, lebihkan pengambilan air pada waktu siang kerana badan memerlukan lebih banyak air ketika ini berbanding ketika anda tidur pada waktu malam. Tidak perlu minum banyak pada satu masa, tetapi ambil air secara berterusan sepanjang hari supaya bekalan air sentiasa cukup untuk badan berfungsi dengan baik.

5) Dah ikut aturan makan, namun tiada kesan juga?


Dalam hal ini, saya tidak pernah menganggap bahawa "tiada kesan" benar-benar wujud. Mungkin lebih sesuai sama ada menyatakan kesan lebih lambat atau kesan yang tak nampak dengan mata kasar. Mustahil tiada kesan langsung.

Kenapa saya berkata demikian? Mungkin anda tertanya-tanya.

  • Dua perkara yang perlu anda selidik, iaitu masalah penghadaman dan badan bertoksin tinggi.
  • Pertama, cuba periksa jika anda ada mengalami masalah penghadaman, Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Masalah penghadaman menyebabkan hanya sedikit nutrisi diserap menyebabkan kesan yang sedikit terhadap masalah anda. 
  • Jadi untuk menyelesaikan masalah penyakit yang anda alami, perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah penghadaman. Boleh juga buat 2 dalam 1. Ambil set vitamin yang juga mampu membantu menyelesaikan masalah penghadaman.

  • Yang kedua, periksa juga jika badan banyak toksin. Toksin tinggi memberikan kesan kepada pengambilan vitamin. Jadi untuk memastikan nutrisi diserap dan seterusnya memberi manfaat kepada tubuh badan anda,  detoks perlu dilakukan supaya badan bebas toksin dan nutrisi dapat diserap sepenuhnya oleh sel dan sel dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik.
  • Kesimpulannya, sebelum makan vitamin. badan perlu dinyahkan toksin (detoks) terlebih dahulu supaya kesan lebih baik diperolehi dalam masa yang lebih singkat.

Itulah dia, 5 soalan POWER yang anda wajib tanya  kenapa Shaklee tidak berkesan. 

Saya sendiri dah merasa keberkesanannya. Orang cakap saya lebih ceria setelah berkahwin. Yup. Saya makan Shaklee lepas kahwin. Dan saya rasa lebih sihat.

Sihat buat kita mudah tersenyum kan?


Maisarah
SIDpro anda
890066




















KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment