Suami gastrik teruk rupanya appendiks!

Bulan mac yang lalu adalah bulan yang tidak dapat saya lupakan. Antara bulan yang sangat mencabar keluarga saya. Ceritanya kerana suami saya telah ‘didiagnos’ gastrik teruk. Disebabkan rasa sakit yang berulang-ulang dan tidak mahu hilang suami saya ke klinik. 


Sakit perut perut suami bermula ditengah macam gastrik berulang-ulang


Kali pertama ke klinik panel, Doktor memberitahu gastrik. Okey. Suami saya pun makanlah ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Di selang seli dengan pengambilan vitamin juga supaya dia lebih cepat baik.namun selepas dua hari tidak juga hilang.

Suami makan ubat dan vitamin untuk bertahan


Kali kedua ke klinik, suami memberitahu doctor yang sakitnya beralih tempat dan suami sakit untuk buang air. Doktor kata mungkin kesan gastrik lalu doktor beri pula ubatan sakit otot dan beberapa ubat lagi.

Namun selepas dua hari sakit di bahagian perut tidak juga hilang lalu kami ke klinik keluarga yang selalu kami kunjungi. Dan inilah saat yang paling mendebarkan selepas doktor membuat berberapa ujian tekanan di perut suami dan ujian air kencing.

Keputusannya adalah suami sakit perut sebab...

..... appendiks membengkak!

Appendiks bengkak dan telah bocor. Banyak kerja pembersihan dilakukan.


Doktor yang ini sangat khuatir sekiranya appendiks tersebut telah pecah memandangkan telah lima hari suami saya merana kesakitan dan menasihatkan kami supaya segera ke Hospital untuk tindakan segera membuang appendiks.

Setelah menerima referral letter, pada hari yang sama kami terus ke Hospital Swasta di Kajang. Suami saya terus di scan untuk mengesahkan appendiks beliau. Dan yang paling tak sangka adalah, appendiks  telah pun bocor dan  mengeluarkan nanah. Nanah disahkan telah bersepah-sepah di sekitar usus dan lantai pelvis. 

Dipendekkan cerita, pembedahan dilaksanakan lewat petang sehingga hampir tengah malam memakan masa 5 jam. Sepanjang pembedahan, rasanya tidak putus-putus saya bedoa agar semua urusan dipermudahkan.

Dalam peristiwa ini, saya tidak boleh bayangkan jika appendiks pecah (meletup). Rata-rata cerita yang saya dengar appendiks pecah menyebabkan ramai yang habis nyawa. Saya amatlah bersyukur yang suami saya masih lagi bersama saya. Kalau dia membaca entry ini, haruslah saya nyatakan ‘saya sayang kamu dan mendoakan keselamatan kamu sentiasa’.

Disebabkan suami saya telah mengalami ‘gastrik’ yang agak teruk pada mulanya, saya mula mengoogle untuk mendapatkan cara pemakanan yang betul yang dapat mengurangkan kesakitan dan seterusnya mempercepat kesembuhan. 

Punca Penyakit Gastrik:

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan anda (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh selalu makan tengahari sama ada pukul 11.00, kemudian bertukar pukul 12.00, kemudian pukul 1.00 pula, ada yang terlewat sehingga pukul 2.00 dan pukul 4.00 petang, masih belum makan tengah hari. 

Apabila amalan ini diteruskan untuk satu tempoh yang lama sehingga 5 tahun, kemungkinan besar untuk mendapat gastrik tersangatlah tinggi. Sekiranya penyakit gastrik telah dikesan, namun tabiat pemakanan yang tidak tetap ini masih diteruskan, dalam tempoh 2 tahun lagi, anda mungkin mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu ulser perut.

Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan makanan yang tajam seperti nenas, jeruk kering dan basah, makan makanan yang bercuka, banyak makan makanan yang diproses seperti makan mee segera, , jajan, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka, makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu.

Tanda-tanda penyakit gastrik:

Antara tanda-tanda penyakit gastrik yang selalu di alami oleh pesakit gastric adalah
1.Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
2.Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
3.Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu tidak ambil makan pagi, tengahari atau malam.
4.Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
5.Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
6.Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:

1.Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
2.Pastikan selepas makan nasi (tenghari dan malam), minum air suam. 
3.Elak makan makanan dan minuman diproses seperti mee segera, makanan dalam plastik, nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick, orange squash dan air limau
4.Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
5.Elak makan terlalu kenyang, cuka, makanan yang pedas
6.Elak atau kurangkan daging dan ayam.
7.Elak makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
8.Minum susu segar atau susu segar ‘full cream’ pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
9.Ini petua orang lama: kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus perlahan dengan 3 sudu ketumbar, 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air rebusan ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Maklumat ini saya perolehi daripada seorang penghidap gastrik yang telah sembuh. Semoga perkongsian beliau ini memanfaatkan beliau dan memperolehi pahala berpanjangan.

Seorang lagi penghidap gastrik juga berkongsi bagaimana gastrik sembuh selepas 10 tahun terseksa secara tiba-tiba. Apa yang beliau buat adalah mengamalkan secara konsisten vitamin-vitamin yang tak payah nak rebus-rebus.. tak bayah nak masak apa-apa. Just telan je.

Set ini terdiri daripada ESP, Bcomplex, Peppermint ginger serta Ostematrix.

Boleh hilangkan gastrik dengan set Shaklee ini.

Nak dapatkan vitamin untuk menghilangkan gastrik dengan cepat? whatsapp je saya. Saya boleh tolong orderkan....

Maisarah
Pengedar Shaklee anda
0132015399
No SID 890066




KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment