Menurunkan kolestrol tinggi elak kematian mengejut pada hari raya

Hari raya ketiga. Saya masih di Kuala Terengganu. 

Kedatangan tetamu adik disambut mesra. Dua rakan sekolah dijamu dengan apa yang ada. Itu konsep hari raya kami. Juadah yang dimasak untuk keluarga itulah juga juadah yang dihidangkan untuk tetamu yang bertandang. Senang dan mudah.

Seperti biasanya, sayalah tukang masak tak bertauliah yang dibantu adik-adik. Sambil masak kedengaran adik saya berbual bersama rakan tetamu. Sesekali hilai ketawa kedengaran. Saya senyum tika sedang masak. Kelakar juga mereka.

Tiba-tiba adik mendapat mesej daripada rakan baik perempuan, Khayra bukan nama sebenar menyatakan  ibu meninggal pagi ini tanpa sebab pada mulanya. Setelah dibedah siasat, ibu beliau diserang sakit jantung semasa tidur.



Dua hari sebelum arwah cukup ceria dan gembira menyambut hari raya dengan anak-anak. Tak sangka, pemergian mengejut ini memberi seribu sesalan kepada Khayra. Terkilan agaknya. Ibunya pergi tanpa tanda dan tanpa pesan. 

Itupun setelah makan aiskrim semalam. Sangkanya aiskrim yang menyebabkan ibu meninggalkan mereka. Menyesal tak sudah si Khayra. Kalaulah dia tahu, dia tidak akan memenuhi permintaan ibunya, luah Khayra kepada adikku.

Lagi parah, kakak dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berjumpa ayahanda dan bonda kesayangan. Namun  dapat berita bonda telah menghadap illahi dan hanya jasad kaku yang akan ditemui. Luluh hati bila dapat berita begini daripada jauh sedangkan semalam masih bernyawa.

Hari raya pasti meninggalkan bekas mendalam. Perginya ibu pada Syawal ke tiga. Sedang emosi tengah sarat gembira bertemu ahli keluarga, tiba-tiba bertukar lara. Kita yang dengar pun hiba. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Saban tahun, inilah yang berlaku. Pasti ada kematian mengejut akibat sakit jantung. Pembunuh nombor satu rakyat Malaysia. Sebab musabab kita semua dah tahu. Kolestrol yang menyumbat salur darah antara penyebab utama kepada serangan jantung ini. Namun, kenapa makanan penambah kolestrol juga yang kita makan saban hari?

Allah menciptakan sesuatu tanpa sia-sia. Apa yang ada di muka bumi tidak ada satu pun yang tidak memberi manfaat kepada manusia termasuk kolestrol juga. Namun ia perlulah dalam jumlah selamat kepada manusia. Sesuatu yang melampaui batas pasti mendatangkan keburukan. 

Berbalik kepada cerita kolestrol. Kolestrol dibahagikan kepada dua, yang baik dan jahat. Kolestrol jahat yang banyak mendatangkan masalah.

Jumlah ia yang banyak dalam darah mendatangkan banyak risiko termasuk kematian. Ia berkumpul dan melekat pada sebelah dalam salur darah. Ia dinamakan plak kolestrol. Ia menyebabkan salur darah hilang kekenyalan dan menyebabkan salur darah menjadi sempit. Lama kelamaan ia akan terus berkumpul dan menyumbat salur darah sehingga darah tidak lagi boleh melalui salur  tersebut.



Kita selalu diberitahu melalui iklan-iklan ubat gigi, plak yang ada pada gigi menyebabkan gigi rosak. Setuju?

Untuk menghilangkan plak pada gigi, anda harus memberus gigi menggunakan ubat gigi yang terbaik dalam kadar 2-3 kali sehari.

Namun, apa yang perlu anda lakukan untuk menghindar plak kolestrol yang berkumpul secara berleluasa pada salur darah anda? Berus salur darah supaya kolestrol hilang? Mana mungkin. Dalam perubatan, mungkin bypass akan dilakukan jika ia melibatkan salur darah utama dan penting. Satu laluan baru dibuat (ambil salur darah daripada tempat lain, contoh betis ) supaya darah boleh mengalir dengan normal. Ngeri!

Apa ‘berus’ perlu anda gunakan untuk membersih plak kolestrol ini? Saya yakin anda pasti tertanya-tanya.

‘Berus’ kolestrol anda.

Langkah pertama untuk ‘berus’ kolestrol mesti buat pemeriksaan darah untuk periksa kandungan kolestrol. Orang yang kurus pun boleh mempunyai banyak kolestrol dalam darah. Jadi, saiz badan manusia tidak boleh dijadikan penunjuk. Bawalah ibu dan ayah untuk buat pemeriksaan kolestrol. 

Jika benar paras kolestrol tinggi dalam darah, dapatkan rawatan segera. Mintalah nasihat doktor tentang ubatan yang perlu di ambil.  Jika ada alahan ubat, beritahu doktor. Tanya apa fungsi setiap ubat dan kesan sampingan ubat jika ada. Yang ini ramai yang selalu lupa untuk tanya doktor sedangkan yang makan adalah kita. Pengetahuan tentang ubat sangat penting supaya rawatan berjalan lancar.

Ambil ubat secara konsisten sehingga paras kolestrol menjadi normal. Pada masa yang sama, elakkan makanan yang menyebabkan penambahan kolestrol dalam darah. Antaranya
  • Keju.  Paling baik, kurangkan atau tidak makan langsung.
  • Daging. Buang lemak yang kelihatan. Makan dalam kuantiti yang sedikit. Paling baik, gantikan ia dengan ikan atau sayuran.
  • Minyak. Gunakan dalam kuantiti yang sedikit. Paling baik, makan yang rebus-rebus sahaja.
  • Buat kek, roti, biskut atau donat. Masak dengan menggunakan minyak kanola, kurangkan sedikit daripada yang disyorkan oleh resepi.
  • Kurangkan penggunaan margerin
  • Gantikan aiskrim dengan setengah cawan desert yang dibekukan.
  • Ayam. Buang kulit ayam sentiasa dalam apa jua masakan.

Gunakan makanan semula jadi yang boleh mengurangkan kolestrol tidak baik dalam badan dan menyeimbangkan paras kolestrol dalam darah. Antaranya dengan mengamalkan makan
  • Gabungan minyak ikan dan minyak zaitun
  • Gabungan minyak ikan dan bawang putih
  • Gabungan alfafa dan ceri
  • Gabungan bawang putih dan bawang besar
  • Gabungan oat dan vitamin C
  • Protin soya
  • Gabungan soya dan vitamin C (dalam buahan sitrus)
  • Teh hijau
  • Grapefruit

Berita baik, ada cara untuk tidak membenarkan kolestrol masuk ke dalam badan menggunakan supplemen semulajadi untuk membantu mengawal paras kolestrol. Namun anda harus diingatkan, sebarang pengambilan supplemen mestilah dengan nasihat doktor sekiranya anda juga sedang mengambil mana-mana ubat.


Phytocol-ST menghalang kolestrol masuk ke dalam badan mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang kolestrol diserap masuk ke dalam darah semasa di salur pencernaan. Minyak ikan Omega Guard menyingkir lebihan kolestrol sedia ada dan melancarkan peredaran darah. Garlic Complex mengandungi allicin, sejenis organosulfur dan vitamin E yang  membantu mengawal paras kolestrol sihat dalam darah.

Set kolestrol ini sangat sesuai dihadiahkan kepada ibu dan bapa pada waktu perayaan kerana makanan kita yang kaya dengan minyak dan lemak memang tidak dapat dielakkan. Langkah mencegah lebih baik daripada merawat, setuju?

Lelaki dalam video ini berjaya turunkan paras kolestrol yang tinggi, yang kalau tak dibendung sudah pasti boleh menyebabkan beliau boleh diserang strok atau sakit jantung.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.
Pening nak cari ubat darah tinggi atau kolestrol tinggi? Tapi laki ini turunkan keduanya dengan hanya ubah cara hidup. Makin kurus & hensem pulak tuh...


Anda sendiri telah lihat, betapa berbezanya beliau dalam video jika dibandingkan sebelum beliau berjaya menurunkan paras kolestrol yang tinggi. Anda juga boleh turunkan kolestrol tinggi anda. Anda juga boleh menjadi seperti beliau. Jangan buang masa lagi. Lakukan samada untuk diri sendiri atau untuk ibu atau bapa atau untuk orang tersayang anda. Berminat untuk turunkan paras kolestrol tinggi?

Maisarah
Wassap/sms 0132015399
SIDpro 890066
Sedia membantu anda....








KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment