Resepi Nasi Ayam Original

Daripada dulu lagi, saya adalah peminat nasi ayam tegar sehinggakan dua-dua anak saya pun memang suka nasi ayam. Nasi ayam ni ada pelbagai jenis. Namun yang paling mengujakan saya adalah nasi ayam resepi original. Cukup membuatkan saya teruja kerana keenakannya.

Saya terjumpa resepi original ini daripada Azie Kitchen. Saya ingat kemudian nak cuba jadi saya nak feel dulu rasa bagaimana nasi ayam ni.



Tengok resepi dan gambar dulu pun jadilah.

Ini resepinya. Kalau nak tengok sendiri resepi dan gambar asalnya, silalah ke Azie Kitchen.

-----------------------------------
Nasi Ayam Original
Oleh: Azie Kitchen

Bahan untuk Nasi 
2 cawan beras 
1 inci kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 kuntum buah pelaga 
2 ulas bawang putih dicincang
3 sb mentega 
1 helai daun pandan
Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Ayam dan Sup 
500 g Ayam 
2 sb kicap pekat 
1 sb sos cili 
1 sk minyak bijan
1 sb sos tiram 
20 g lobak jeruk 
1 inci halia dihiris memanjang 
1 ulas bawang putih dihiris memanjang 
Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Sos Cili 
6 biji cili merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
1/2 cawan air rebusan ayam 
1 sk minyak bijan 
1 sk cuka 
2 sk gula 
Garam (secukup rasa)


Bahan untuk Kicap
Cili padi
Kicap manis cap kipas udang
Gula
Air rebusan ayam

Rebus ayam bersama sedikit garam, halia dan bawang putih hingga ayam masak dan empuk.
Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.

Air rebusan selebihnya direnih lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Seterusnya, campurkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati.

Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos. (Boleh juga jika mahu digoreng dengan minyak seperti biasa, tapi goreng sekejap sahaja secara touch n go)

Untuk nasinya, cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang,  buah pelaga, kulit kayu manis dan daun pandan hingga wangi.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga rata.  Tuang 2 cawan air rebusan ayam, garam dan sedikit pewarna kuning, jika suka.

Untuk sos cili, kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam dan air rebusan ayam.

Untuk kicap, tumbuk cili padi. Masukkan kicap, gula dan air rebusan ayam. Kacau sebati.

Hidangkan nasi bersama ayam, sos cili dan juga kicap.
------------------------------------------------------------------------

Ha itu dia resepinya. memang nampak original. Tak sabar nak buat. Nak rasa keoriginalannya tu.
Nanti kalau saya dah buat, saya akan share gambar-gambarnya nanti.

Sehingga bertemu lagi....

Maisarah
Penggemar Makanan Sebenar ^^,

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment