Buat passport di Hentian Kajang dengan cepat dan pantas

Ramai di antara kita yang nak buat passport, tapi nak cepat dan pantas. Saya ada caranya. Sebab saya baru je melaluinya. Buat passport di Hentian Kajang, yang cuma 15 minit letaknya daripada rumah saya, pada hari Sabtu.

Mahukah anda tahu apa perlu yang dilakukan untuk mendapatkan passport dengan pantas di Hentian Kajang?

Jom ikuti tips di bawah.

Tip #1
Pertama sekali perlu tahu di mana Hentian Kajang. Boleh google, boleh guna google map dalam handphone anda, juga boleh guna Waze. masing-masing ada smartphone kan? Kalau tak de takpe, malam sebelum ke sana boleh tengok google map ye...

Hentian Kajang terletak 4 km daripada Pekan Kajang. Di sinilah tempat di mana orang ramai naik turun bas untuk ke pantai timur, utara dan juga selatan. Namun yang bagusnya, selain daripada tempat persinggahan bas-bas ini, terdapat fungsi lain Hentian Kajang iaitu tempat di mana adanya Jabatan Pendaftaran Negara Hulu Langat, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Imegresen dan KWSP. 

Bagaimana nak guna google map? Takpe, ini soalan biasa ditanya bagi yang tak biasa. Bukak je google, kat ruangan search tu taip je "map to Pusat Hentian Kajang" seperti dalam gambar di bawah;


Selepas itu, terus klik Maps di bawah kotak.... 
( Web  Maps   Images   Video  News  More Search Tools)

Terus keluar gambar di bawah ini.


Sila taip nama taman anda di ruangan tersebut. Jangan lupa tekan enter...
Lalu keluarlah gambar seperti ini....


Cubalah, google akan bagi beberapa pilihan jalan, yang paling pendek, dan paling singkat tempoh masa.

Tip #2
Pukul berapa harus sampai di Hentian Kajang kalau nak passport cepat siap? Ha, ini yang pasti ramai tertanya-tanya. Anda perlu sampai di Hentian Kajang sebelum 7 pagi supaya anda dapat beratur tepat jam 7 pagi. Hari tu saya beratur jam 7.30 pagi, saya dapat nombor 60. Saya aim pada pagi itu untuk dapat nombor bawah 30, namun tidak berjaya. Silap percaturan di situ ye... Jadi sila datang lebih awal daripada saya. Kalau anda lelaki, datang seorang tidak mengapa seawal 6.30 pagi. Namun kalau perempuan saya nasihatkan bawa teman bersama ye.... tapi sebenarnya jam 7 pagi dah ramai orang sebab naik turun bas kan...Sekiranya anda dapat no 30 dan ke bawah, passport anda akan siap sebelum jam 9.30 pagi (lebih kurangla)  sekiranya tiada masalah sistem ye...

Tip #3
Kalau dah sampai di Hentian Kajang, di mana perlu parking? Kalau saya sebab saya dah biasa dengan kawasan Hentian Kajang, saya terus je parking depan KWSP, Selalu saya sampai depan KWSP masih ada parking. Sekiranya anda parking di tempat parking di bawah ini, pandang ke kiri, anda akan terus nampak tangga pintu utama Hentian Kajang.


Tip #4
Kenapa perlu parking di situ... mestilah ada sebabnya. Ini akan memudahkan anda untuk ke tangga pintu utama yang saya sebutkan tadi tanpa perlu berpusing-pusing. Ia membawa anda terus ke lif di tingkat 1. Anda akan nampak tandas, kemudian baru lif, yang berhadapan dengan ATM Maybank. Kalau belum ambil duit, takpe..lupakan je dulu ATM tu. Mohon ambil duit selepas dah dapat no giliran. Masa tu terus je turun balik untuk ambil duit.


Tip #5
Ok. Fokus kepada Jabatan Imegresen. Di tingkat berapakah Imegresen ini terletak? Jawapannya di tingkat 3. Tak perlu merayau-rayau, naik je terus lif, tekan no 3. Keluar lif pandang je ke kanan, dah nampak Jabatan Imegresen. Senang je nak cam. Kalau ada orang tengah beratur, ha terus je beratur dulu. Memang mereka tengah beratur untuk mendapatkan no giliran walaupun jabatan Imegresen belum lagi dibuka.

Tip #6
Anda sememangnya akan menunggu untuk kaunter no dibuka tepat jam 8 pagi, dan anda akan dapat no sebelum 8.30 pagi jika no anda bawah 30. Kalau anda belum bersarapan, saya nasihatkan sarapan secepat mungkin, di sekitar tingkat 3 juga kerana jika tiada masalah sistem no di panggil dengan sangat pantas. Waktu ini juga, sekiranya mahu ambil duit di ATM di tingkat 1, perlu berbuat demikian dengan cepat juga. Tapi kalau anda aim untuk dapat no kurang daripada 10, saya nasihatkan bawa siap-siap duit ye...

Tip # 7
Mohon untuk pakai-pakaian yang kemas-kemas khususnya wanita di bahagian kepala (tudung la tu) supaya gambar akan kelihatan cantik. Hari tu saya terlupa, pakai tudung ke pasar. Alhamdulillah gambar ok sebab hitam putih. kalau gambar berwarna, oh terasa rupa macam dah tua  sangattttt..

Okeylah, cukup 7 tip daripada saya untuk buat passport di Hentian Kajang. Selamat mengembara ye...

Maisarah










KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

2 comments:

  1. Nak tanya. Maknanya sebelum kaunter buka mmg sudah boleh ambil nombor ke maksudnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum kaunter buka dah kena beratur .. no ambil bila sampai giliran tiba di kaunter ambil no ..

      Delete