Ibu susah hati anak batuk berkahak tak hilang perlu buat dua perkara ini

Kita hidup di zaman di mana anak batuk berkahak, demam dan selsema yang menyebabkan kahak mengambil masa yang lama untuk hilang.

Apa puncanya?

Saya percaya yang ibu-ibu selalu fikir berjangkit dengan anak si folan. Dia batuk demam serta selsema satu pakej dan sebagainya.

Berjangkit dah semestinya. Namun lama atau tidak bergantung kepada apa yang anak-anak makan.

Ubat
Makanan harian.
Jenis makanan.

Semua ini memberi pengaruh kepada tahap jangkitan anak-anak.

Jum kita tengok, apa sesebenarnya kahak ini.


Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak supaya dapat dikeluarkan melalui batuk.


Lendir yang sikit bukanlah masalah kerana ianya termasuk dalam sistem pertahanan badan. Ia menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak dengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. 

Perlu diingat, lendir yang banyak adalah tanda diserang penyakit, dan ini bukannya normal apabila lendir terlalu banyak dan berwarna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.

Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh banyak faktor. Namun begitu, faktor biasaadalah  masalah allergik (alahan) dan jangkitan virus /bakteria.

Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, berdepan dengan habuk2 kain yang bersaiz kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru menulis di papan hitam menggunakan kapur berisiko menghadapi masalah allergik pada habuk kapur, dan jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.

Situasi-situasi tersebut mempercepatkan pembentukan lendir (mucus), dengan tujuan untuk mengumpul bendasasing yang halus ini dan disingkirkan melalui batuk. Pada masa yang sama ia akan menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.

Walau bagaimana jika tekak “diserang” dengan hebat, tubuh akan meningkatkan pertahanan sehingga saluran pernafasan menyempit. Ini dinamakan “bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.

Selain daripada itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia.

Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian otot-ototnya.

Kahak yang melekat

Keadaan yang dinamakan “POST NASAL DRIP”  adalah keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak. Selalunya ia berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. 

Hah, dah baca tentang kahak. Gelikan. Tapi ia sebenarnya untuk pertahanan badan. Tak mahu benda asing masuk ke dalam saluran pernafasan. Tapi bila dah banyak, mesti benda asing telah memasuki sistem menyebabkan berlakunya peperangan. Dalam peperangan, yang kuat akan menang.

Jadi bagaimana nak pastikan badan anak-anak kuat?

Ada dua perkara yang ibu-ibu kena buat.

#1 -Ibu-ibu kena elakkan beri makanan yang mungkin penyebab kahak kepada anak-anak. Setuju?

#2 - Dan pada masa yang sama beri juga makanan yang semulajadi menghilangkan kahak. Setuju juga? Bagus!!! Macam itulah.


Gambar ini sangat sesuai untuk dilekatkan di peti sejuk rumah anda, dan cipta resepi yang enak untuk dinikmati oleh anak-anak....

Siapa nak anak sihat, cepat print gambar, tampal dan bersilat di dapur!

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.