Vitamin lagi penting atau bioflavanoid lagi penting? Atau dua-dua penting?

Hari ni, sebagaimana yang dijanjikan, saya nak bercerita tentang Bioflavanoids. Apa kebenda tu? Kalau anda menjengah farmasi, tengok satu-satu botol vitamin, mesti anda jumpa perkataan bioflavonoids ni. Pada botol Shaklee pun ada, macam gambar kat bawah ni.




Bioflavonoids, kalau ringkasnya flavonoid, merupakan bahan kimia semula jadi yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan.
Setakat ini, lebih daripada 6,000 flavonoid yang telah dikenal pasti. Banyak kan?

Dulu-dulu, bioflavonoids juga dirujuk sebagai vitamin, tetapi mereka sebenarnya bukan vitamin. Flavonoids tidak penting berbanding vitamin kerana tubuh kita bergantung kepada vitamin dan memerlukan jumlah yang tertentu setiap hari. Apabila flavonoid yang dijual sebagai makanan tambahan, mereka kadang-kadang digabungkan dengan vitamin, jadi anda boleh melihat kedua-dua istilah - vitamin dan bioflavonoid – ditulis bersama-sama pada label makanan tambahan.

Bagaimana Vitamin dan bioflavanoid bermula?

Pada pertengahan tahun 1930-an, penyelidik menemui satu bahan baru yang membantu menjaga saluran darah yang sihat dan ia dipanggil vitamin P. Kajian berterusan mendedahkan bahawa vitamin P sebenarnya sekumpulan flavonoid, jadi vitamin P menjadi sinonim dengan flavonoid. Kerana flavonoid ini bukanlah vitamin, nama awal ini (vitamin P) akhirnya digugurkan. Kandungan tambahan lain yang sering digabungkan dengan vitamin mungkin mengandungi hanya satu flavonoid sahaja.

Persoalan penting kenapa mesti digabungkan walaupun tidak penting? Sebabnya flavonoid boleh meningkatkan penyerapan dan keberkesanan vitamin yang digabungkan.

Sebagai contoh, kombinasi campuran vitamin C dengan bioflavonoids sitrus boleh meningkatkan penyerapan dan keberkesanan vitamin C.

Yang ini Shaklee buat pada Vitamin C Sustain Release. Saya ulang tayang gambar Vitamin C lagi sekali.



Walaupun vitamin lebih penting, tapi bioflavonoids ni ada baaaaanyak kelebihan kepada kesihatan manusia. Ia adalah antioksidan yang kuat yang boleh memusnahkan radikal bebas. Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, bioflavonoids menyekat pertumbuhan tumor, membantu mencegah keradangan dan mengurangkan kemungkinan berlakunya darah beku. Mereka juga boleh meningkatkan sistem imun, membantu anda mengelakkan reaksi alahan dan jangkitan, dan ia mungkin menghalang atau mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser tertentu.

Baguskan bioflavonoids ni kan. Jadi kalau rasa-rasa nak makan vitamin, carilah vitamin yang digabungkan dengan bioflavonoids kerana boleh meningkatkan kadar serapan vitamin dan seterusnya meningkatkan keberkesanan vitamin itu sendiri.

Oleh kerana faktor inilah, saya suka sangat Vitamin C Sustain Release Shaklee. Sangat berkesan. Bila rasa perit-perit di tekak, terus saya telan 2 biji vitamin C Shaklee. Perit-perit akan berkurang, dalam masa 2-3 hari, terus hilang. Selalunya saya begitulah.

Anda pula bagaimana? Nak cuba hilangkan rasa perit tekak dalam masa yang singkat?

Maisarah
SID890066
0132015399

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment