Saya mahu jadi jutawan muda jadi saya hadir Kelas Asas Jutawan

Salam ceria. Ini cerita basi pada 7 Januari 2015 yang lalu. Menghadiri Kelas Asas Jutawan Shaklee (di ulang jutawan ok..). Ini perkara serius. Saya mahu jadi jutawan muda jadi kena la pergi kelas asas jutawan. Anjuran Master Kak Cery Si Kelip-Kelip di Faizland Training, bertempat di Plaza Paragon Point Bandar Baru Bangi.

Masa cari bangunan tu, rasa macam sesat. Dalam Waze keluar nama lain, ditujukan saya terus ke Paragon Point Ampang. Banyak kali juga cuba masih keluar map yang sama. 


Cari punya cari rupanya bangunan baru belakang bangunan Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) di Bandar Baru Bangi. Ala.. bangunan baru. Ada lif lagi. Parking di basement. Teduh. Tapi disebabkan tempat masih baru, banyak kosong lagi dan parking pun tak penuh. Kalau tengok map, boleh klik link ini. Tempat yang sama dengan lokasi Islamic Relief Malaysia di Bandar Baru Bangi juga.

Masa kat parking terserempak dengan Puan Khadeejah Hasmad dan suami. Eh kebetulan pulak terserempak. Dah perasan nama dia dalam senarai nama. Tapi tak sangka boleh terserempak masa kat parking.

Saya first time sampai sini. Punyalah panjat tangga nak naik sampai tingkat atas (kedua atas atau atas sekali, hahah konsep deletion di sini. tak simpan dalam kepala). Rupa-rupanya ada lif yang tersangatlah mudah untuk naik dan turun. Terasa penatnya sampai ke hari ini. :P

Apa yang best tentang kelas asas jutawan ini?? Buka mata saya sekejap. Kenapa saya berada di situ. Kalau selama ini ikut je apa nak buat ikut target. Tapi kelas ini sedikit sebanyak buka minda saya untuk betul-betul tetapkan matlamat yang jelas dan spesifik.

Dah nama kelas asas kan. Master Kak Cery banyak menyentuh tentang asas dalam dunia Shaklee. Pengiraan UV, pengiraan Bonus, 6 rank utama dan tips menarik nak buat target harian dan macam-macam lagilah. Nak tahu, kenalah hadir sendiri. Feel sharing kat sini tak sama tau dengan feel berada dalam kelas itu sendiri, berinteraksi dengan Master Kak Cery sendiri. Orangnya slim, namun jiwa kental, cakapnya tegas. Fuh. Bila ditanya soalan, mahu juga ku menggelabah. He he he..

Terima kasih kak Cery. Kini ku faham banyak bagaimana corak permainan yang boleh ku mainkan dalam dunia Shaklee. Ada masa, akan ku hadir lagi. Ceduk ilmu habis-habisan bertubi-tubi sampai faham.

p/s: Saya belanja satu gambar ngan Master Kak Cery.

Ku rasa diriku dah kurus, namun ada lagi kurus. Atau ku dah gemuk? :P




KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment