Ceritera Kelahiran Bayi Pramatang

Salam pembaca budiman, terima kasih lah menjengah ke mari. Saya berharap kepada Allah, tulisan saya kali ini akan memberi banyak makna kepada anda. Kalau ia bermanfaat, panjang-panjangkanlah semoga saya dan anda mendapat manfaatnya.

Peristiwa ini saya tidak pernah catatkan di mana-mana sehinggalah hari ini. Dulu saya fikir cukuplah sekadar cebisan memori yang boleh dipanggil balik bila-bila masa, seolah dibiarkan kekal sementara dalam folder memori otak, sehingga suatu masa ia hilang atau dihilangkan terus daripada memori.

Mengimbas peristiwa pada tahun 2009. Tahun sedih bagi saya dan suami. Kami diduga oleh Allah dengan dua peristiwa penting dalam bulan April.

Benar sekali masa merawat hati dengan jayanya. Rasa sedih yang pernah satu ketika dulu menguasai saya telah menjauh sama sekali. Puncanya tiga peristiwa berturut yang berlaku pada tahun itu.

Perkhabaran duka

Bermula dengan perkhabaran duka yang diterima ketika Detail Scan kandungan pertama. Wanita yang scan kandungan saya, bukannya seorang doktor. Namun beliau cukup dikenali di hospital swasta untuk buat detail scan.

Ketika memulakan imbasan, ada beberapa soalan yang ditanya. Namun, selepas itu beliau mendiamkan diri dalam tempoh yang lama sementara tangan ligat membuat imbasan di beberapa tempat yang sama seolah-olah sedang menyiasat sesuatu.

Rupanya, bayi dalam kandungan melihatkan pengumpulan air di beberapa tempat. Fetal Ascites namanya. Doktor memberitahu risikonya dan merujuk saya ke HUKM. Rasa kurang senang dengan perkhabaran duka ini.

Di HUKM, lagi sekali melalui Detail Scan. Darah diperiksa. Perkembangan kandungan diambil. Terdapat pertambahan jumlah air terkumpul dalam bayi. Hati bertambah sedih. 1 dalam seribu kata doktor. Punca tidak diketahui dan doktor cadangkan amniosintesis dan memberitahu risiko.

Termenung sendirian di luar klinik O&G HUKM, mengimbas satu demi satu perkataan doktor, risiko, cadangan. Luluh rasa hati. Dugaan apakah ini. Bergenang air mata mengalir ke pipi, semakin lama semakin lebat kerana tidak tertahan lagi.

Menangis sendiri bersaksikan orang yang lalu lalang. Rasa yang sama, bergenang air mata ketika menulis ini. Berhenti sebentar menarik nafas menguatkan semangat untuk meneruskan cerita.

Kemalangan  2 April 2009, LPT km 225, Gambang

Hujan lebat tiba-tiba. Matahari pagi sempat saya rakam ketika  pukul 8 pagi itu menghilang. 5 minit kemudian perjalanan untuk membawa perkhabaran duka kepada keluarga saya di Terengganu berakhir di dalam gaung di sebelah lebuhraya LPT km 225 di Gambang sebelum saya di bawa ke hospital Kuantan.

Apa yang berlaku? Kereta mengalami apungan di atas air yang mengalir,  bergerak ke sisi kiri jalan, tidak dapat dihentikan dan sisi kiri kereta ( sebelah saya tu) melanggar divider jalan, kereta terbalik dan tergolek dalam beberapa pusingan sebelum parking elok di dalam gaung. Kami kemalangan! Allahuakbar, allahuakbar!!

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment