Sebab no 1 anda tidak akan kurus sampai bila-bila : Bahaya gula tersembunyi, gemuk tanpa disedari sehingga 100 kg….

Teks: Maisarah Mohamad
Foto: Google
"Hah, inilah sebab utama yang buat awak tidak akan kurus-kurus, sebab awak asyik makan makanan manis. Gula yang awak makan tu akan dibakar dulu berbanding lemak-lemak awak tu. Jadi awak tidak akan kurus sampai bila-bila kalau awak teruskan jugak dengan ambil makanan yang manis. Itu pun belum campur lagi dengan gula yang tersembunyi dalam makanan ringan atau makanan segera yang awak tak pernah tahu atau pun buat-buat tak tahu. Sudahnya, gemuk tanpa disedari. Tahu-tahu je, timbang dah 100 kg!"
Masalah berat tak mahu turun, inilah rupanya bahana gula tersembunyi

Mengerikan bukan?

Anda akan lebih ngeri bila anda baca lebih lanjut….

Perasan tak, setiap kali anda  ingin turunkan  berat badan, pasti tidak menjadi. Anda dah cuba macam-macam produk dan juga bersenam, namun hasil yang didapati mengecewakan. Sampai satu masa, anda rasa sangat putus asa. Kenapa ya jadi begitu?


Sebelum persoalan itu dirungkaikan, mari kita selidik fakta tentang gula.

Gula buatan atau gula semula jadi- dua-dua mendatangkan mudarat. 

Gula daripada nira kelapa @ gula melaka yang dikatakan sihat, benarkah?

Ada yang percaya selagi gula itu adalah semula jadi, ia  menyihatkan dan baik untuk dimakan. Di sinilah kesilapan bermula. Jus buah-buahan semula jadi, gula tebu mentah, dan apa-apa jumlah lain gula semula jadi masih akan mendatangkan masalah pada kesihatan anda. 

Gula tambahan bukan masalah sebenar di sini sebab kita tahu berapa jumlah gula tersebut. Persoalannya di sini adalah, apakah wujud gula dalam bentuk lain yang ada dalam makanan kita yang kita tak tahu. Saya memetik kata-kata seorang nutritionist, JJ Virgin menerusi temubual dengan Dr. Mercola (mercola.com)

        “[S]ugar is really public enemy number one,” she says. “That’s why I chose to focus on it. I don’t think added sugar is really the problem; I think it’s what’s in a lot of our food that we don’t recognize [as sugar].

Terjemahan : "Gula adalah benar-benar musuh awam nombor satu ," kata beliau. "Sebab itu saya memilih untuk memberi tumpuan kepada itu. Saya tidak fikir gula yang ditambah adalah benar-benar masalah ini; Saya fikir ia adalah apa yang ada dalam kebanyakan makanan kita yang kita tidak kenali [gula].

Info: JJ Virgin juga penulis buku The Sugar Impact Diet: Drop 7 Sugars to Lose Up to 10 Pounds in Just 2 Weeks


Minum jus buah-buahan masih boleh mendatangkan masalah seperti jus epal, yogurt buah-buahan dan  ‘smoothies’ buah-buahan yang dianggap sihat.

Semakin banyak kita makan gula, semakin badan menganggap gula adalah keperluan badan untuk bahan pembakaran. Oleh kerana itu, anda semakin teringin makan makanan manis. Jadi untuk menamatkan keinginan makan makanan manis, badan anda perlu bakar lemak sebagai bahan bakar utama SEMULA.

Ha, inilah perkara utama yang perlu diutamakan kalau nak kuruskan badan. Kalau anda asyik makan gula yang tinggi, gula tadi yang akan di bakar. Bukannya lemak dalam badan. Nampak hubung kaitnya? Dah mula nampak kenapa tak kurus-kurus?



Dalam hal ni, anda perlu kurangkan gula sehingga sampai satu masa, badan anda mula bakar lemak semula sebagai bahan bakar utama.


Jadi apakah tanda-tanda asas anda mempunyai kesan gula yang tinggi? 
•Banyak gas (banyak kentut) dan kembung perut adalah biasa kerana gula adalah makanan yis, kulat, dan bakteria berbahaya dalam usus. 
•sakit sendi, 
•sakit kepala, 
•keletihan, 
•tidak boleh menurunkan berat badan 
•dan ketagihan gula.




Jadi untuk tujuan mengurangkan pengambilan, apa yang perlu anda lakukan?

Senaraikan gula tersembunyi dalam makanan anda. Maksudnya anda kena baca semua label makanan yang anda makan termasuk makanan yang anda tidak pernah sangka mengandungi gula seperti jeruk, sos, sos yang digunakan untuk perapan dan sebagainya. Apa yang kita cari adalah kandungan glukosa, fructosa dan beban glisemik. Daripada situ, anda akan tahu jumlah sebenar gula yang telah anda makan.

Perbezaan antara fruktosa dan glukosa adalah fruktosa tidak ‘trigger’ respon insulin keseluruhan. Oleh kerana itu, ia tidak ‘trigger’ insulin, leptin, atau ghrelin, jadi ia tidak memberitahu badan yang anda telah makan fruktosa, dan anda seolah-olah tidak makan apa-apa. Sebaliknya, ia terus pergi ke hati. Jika tidak ada ruang di hati untuk menjadi glikogen ... ia mulai menjadi lemak. 

Maksudnya lemak sedia ada anda tak dibakar, tiba-tiba datang  fructosa dan terlebih-lebih lalu bertukar jadi lemak yang kita takkan tahu (atas sebab badan tak respon tadi )dan kita tetap lapar…. Dan kita terus makan lagi dan lagi…. Mimpi ngeri bukan? Gemuk tanpa disedari… boleh jadi sampai 100 kg!!!

Untuk mengelakkan gula tersembunyi ini, maka kita harus mengetahui apa kandungan yang kita makan. Anda yang selalu makan-makanan manis memang tidak akan dapat mengukur kemanisan sebab sudah biasa dengan kemanisan tersebut. Kecuali anda tukar diet anda kepada diet kurang gula, dan anda uji semula rasa makanan manis yang anda selalu makan. Pada masa itu, mungkin tahap rasa manis cukup berbeza.  

Untuk bertukar diet, terdapat 3 fasa diet kesan gula yang boleh anda lakukan bagi memberi kesan yang bagus untuk mengurangkan gula dalam diet harian.

Bagaimana nak buat diet tu? Akan diterangkan dalam entri akan datang. 

Sehingga bertemu lagi di lain entri. 

Ps: Saya di rumah memang jarang buat air yang bergula. Penggunaan 1 peket gula lebih dua bulan! Itulah rahsia kurus saya di samping mengamalkan makanan rendah glisemik seperti Mealshake dan ESP, sarapan waktu pagi saya. 


Salam sihat cantik,

Maisarah
SID 890066

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment