Maharaja Lawak Mega kembali lagi?

Teks: Maisarah Mohamad
Foto: Google

Salam pembaca budiman,

Semoga sihat di hujung minggu ni.

Semalam pertama kali saya menonton siaran tv setelah beberapa bulan tak tengok sebabnya melayan anak-anak tengok cerita kartun kegemaran Doraemon, Pada Zaman Dahulu dan Upin & Ipin. Dah rasa macam hidup dalam dunia kartun. Silap hari bulan boleh jadi kartunis pula. Menarik juga!!!!



Cerita semalam tengok Maharaja Lawak Mega 2014 secara langsung dan baru minggu kedua.
Hm menarik. Tengok daripada awal sambil layan anak-anak sekejap nak itu, sekejap nak ini sampai masa nak minum susu, terus tidur. Wah berita baik untuk ibunya. Pada masa yang sama layan whatsapp daripada mommy heh. Sekarang ada tiga mommy.... Tapi tiga-tiga mommy takde depan mata, dengar suara di hujung corong atau sembang melalui whatsapp. Normal la kan.

Berbalik kepada Maharaja Lawak Mega 2014, 15 peserta / kumpulan telahpun berjaya menempah tiket ke gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 iaitu Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, SYJ, Jalor, Sayot, Kepoh, Ekzos, Samurai, Wala, Zero dan Shake. Kumpulan mana akan muncul juara? Anda tontonlah. Saya mungkin takkan ikut setiap minggu.

Boleh tengok di sini untuk ringkasan Maharaja Lawak Mega 2014. Rajin pulak admin blog ni buat senarai. Senang nak tengok.

Okeylah. Sekian catatan ringkas saya. Mahu layan anak-anak riang ria kat belakang ni mintak itu ini. Dah bosan main belon buih yang saya umpan mereka sebelum ketuk mengetuk keyboard sejam yang lalu.

Salam sihat cantik,

Maisarah


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment