Supplemen untuk ibu bersalin : Jamu atau Vitamin ?

Salam pembaca budiman,

Pernah mengalami dilema begini?

Dilema ibu hamil apabila kandungan memasuki fasa ke 3, perlu membuat pemilihan sama ada makanan tambahan jamu atau vitamin yang perlu dibeli.
Saya juga alami dilema yang sama!

Apa nak buat, saya wanita mengandung yang sangat menjaga pemakanan. Sejak awal kandungan lagi saya sangat cerewet dengan pemakanan saya kerana apa yang saya makan mempengaruhi kesihatan saya.

Fakta yang semua orang tahu. Bila mengandung dan bersalin, ada pantang larang supaya saya dan kandungan sihat sehingga bersalin dan seterusnya saya dan bayi sihat sehingga berumur dua tahun. Ini antara waktu-waktu kritikal dalam berkeluarga. Semua nak kena jaga, sebabnya yang menanggung adalah ...

...kita!

Pantang larang ini adalah untuk kebaikan kita selamanya. Antara yang boleh dijadikan panduan boleh baca di laman web siraplimau ini, yang bercerita tentang pantang larang ketika hamil. Ini adalah blog yang saya suka baca. Ringkas dan padat.

Itu perkara kritikal ketika hamil. Bagaimana pula ketika selepas bersalin?  Selepas bersalin juga tidak kurang kritikalnya. jadi penting untuk berpantang dan memenuhi keperluan nutrisi dalam tempoh kritikal ini.

Bercerita tentang suplemen untuk ibu bersalin, mari kita buat perbandingan bagi memudahkan ibu-ibu sayang untuk membuat keputusan. Dalam hal ini tiada betul atau salah. Dua –dua memberi kebaikan.

Jadual Perbandingan Jamu dan Vitamin
Perkara
Jamu
Vtamin
Bahan Kandungan
Kemungkinan wujud bahan  yang  tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dapat dikenalpasti.

Setiap bahan yang digunakan dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia dan turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
Khasiat dan penyerapan
Jamu juga mempunyai khasiat dalam bentuk yang kompleks dan perut perlu mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan proses ini mengambil masa untuk sampai ke sel-sel.

Mempunyai dua bentuk iaitu macronutrient dan micronutrient,  dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau


Kesan kepada bayi
Bahan makanan yang panas dan ibu perlu pantau keadaan bayi. Malahan kebanyakan doktor menasihatkan si ibu untuk tidak meneruskan pengambilan jamu sekiranya membawa kesan kepada bayi khususnya risiko JAUNDICE.

Bahan yang selamat kepada bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrien melalui susu bayi. Ibu boleh meneruskan pengambilan supplemen walaupun anak mengalami demam kuning atau JAUNDIC

Waktu ambil
Hanya boleh dimulakan selepas memasuki minggu kedua selepas bersalin bagi memastikan bayi tiada jaundice. Bagi bayi yang terlibat dengan masalah penyusuan atau prolonged jaundice, si ibu lazimnya dinasihatkan untuk tidak mengambil jamu sama sekali. 
Boleh dimulakan seawal hari pertama bersalin sama ada si ibu bersalin secara normal atau pembedahan



Jadi, perbandingan telah dibuat. Pilihlah mana yang terbaik untuk diri anda dan paling penting untuk si kecil anda.

Jika anda memilih untuk membeli vitamin, tapi nak pilih set yang paling memenuhi keperluan ibu bersalin dan menyusu dengan kos murah, maka pilihlah set Vita-Lea dan Energizing Soy Protein. Kedua-dua produk ini memang menepati keperluan anda sebagai multivitamin dan sumber tenaga untuk menjadikan ibu cepat pulih daripada luka bersalin dan tetap cergas melayan kerenah si kecil yang sedang menyesuaikan diri dengan dunia barunya. 

Boleh klik sini untuk order atau hubungi saya terus.

p/s: Boleh lihat sendiri pandangan seorang Doktor mengenai pengambilan vitamin bagi ibu berpantang di sini bagi yang masih termenung.... :P

Salam sayang untuk ibu berpantang,

Maisarah

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment