Cara pantas elak sembelit kerana tidak suka makan sayur

Teks: Maisarah
Foto: Google

Mahu elak sembelit ini?

kredit photo : royalpalacebee.blogspot

Adakah anda mengalami keadaan yang sama seperti gambar di atas? Membuang air besar hanya sekali seminggu disebabkan sembelit hanya kerana anda tidak suka makan sayur? Ada dikalangan pelanggan saya sebelum ini, Y bukan nama sebenar sanggup membuang air besar seminggu sekali tanpa rasa bersalah hanya kerana beliau memang tidak suka makan sayur. Memang beliau mengalami sembelit. Namun, tidak dihiraukan kerana beliau telah menganggap sembelit biasa bagi dirinya SEHINGGALAH beliau bertemu dengan saya. Jom baca selanjutnya untuk cara pantas elak sembelit.



Sembelit Jangan Dipandang Ringan

Sembelit tidak boleh dipandang ringan kerana sembelit memberi tanda sistem anda tidak lancar dan anda boleh dapat macam-macam penyakit. Menurut artikel Sembelit Jangan Dipandang Ringan oleh Sinar Harian, sembelit boleh menyebabkan penghidapnya berdepan risiko tinggi terhadap kanser kolon. Punca sebenar sembelit harus dikenalpasti segera untuk merendahkan risiko.


Punca Sembelit

Apa punca sembelit sebenarnya? Merujuk kepada satu blog info kesihatan yang saya suka baca ini,  terdapat 9 punca yang boleh menyebabkan sembelit :

1) Kurangnya minum air  dan tidak suka makan makanan yang berserat seperti sayuran

2) Makan makanan yang terlalu masam dan terlalu pedas

3) Pergerakkan otot usus abnormal mungkin disebabkan oleh ubat, panas dalam badan dan lain-lain

4) Kadang-kadang kehamilan juga menjadi penyebab tapi tidak semua orang yang kena

5) Suka menunda buang air besar mungkin kerana anda sibuk membuat kerja rumah atau pejabat

6) Usus kurang elastis atau tidak kuat untuk mengecut dan mengembangkan otot

7) Kurangnya aktiviti senaman, kurang bergerak, terlama duduk membuatkan usus besar kurang bekerja sehingga feses sulit turun

8) Gangguan pada sistem pencernaan

9) Makanan/minum minuman yang pekat atau kelat seperti coklat dan teh


Jadi bagaimana nak elak sembelit?

Saya merujuk kepada poin no 1, anda memang kena makan sayur untuk mengelakkan sembelit kerana terdapat serat dalam sayur yang membantu melancarkan pergerakan usus. Tapi kalau anda tidak rajin untuk makan dan mengunyah sayur, saya cadangkan anda minum jus sayur sambil tutup hidung. Lebih baik daripada rasa kunyah sayur yang tidak sedap, bukan? Ia juga tidak mengambil masa dan terus masuk ke dalam perut tanpa bau yang tidak sedap itu (oleh kerana dah tutup hidung, maka takde lah bau :)). Kalau nak tahu macam mana nak buat jus sayur berkualiti tinggi, baca sini.

Jus sayur untuk elak sembelit

Manfaat Jus sayur

Apa yang anda dapat melalui makan atau minum sayur? Anda akan dapat detoks diri anda. Saya selalu bayangkan detoks ini seperti kita membuang 'sampah' daripada rumah saya. Anda dapat buang 'sampah', lagi-lagi sampah yang melekat, yang tidak patut ada dalam sistem kita. Contohnya kolestrol jahat termasuk plak yang melekat pada salur darah yang sebabkan kolestrol tinggi dan salur darah menyempit, najis yang melekat pada salur cerna yang sebabkan salur cerna tidak dapat menyerap makanan dengan baik serta pengumpulan toksin dalam darah disebabkan proses perkumuhan tidak lancar kerana sembelit.

Jadi kesannya, paras kolestrol dapat diturunkan, sistem cerna kembali normal, alahan sebab toksin dapat dikurangkan dan badan jadi ringan. Anda akan rasa lebih gembira dan ceria kerana banyak masalah kesihatan dapat dikurangkan yang disebabkan sembelit.

Jus Sayur & Herblax

Ok berbalik kepada jus sayur tadi, dah minum jus sayur dengan baik, tapi rasa nak lebih baik lagi, apa kata makan Herblax yang khas diformulakan untuk proses detoksifikasi badan anda? Gabungan minum jus sayur dan pengambilan Herblax berterusan akan memberikan cara paling pantas untuk elak sembelit hanya kerana anda tidak suka makan sayur!

Herblax mengandungi 9 herba semulajadi ( herba semulajadi tersebut adalah alfafa, senna, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root) untuk pembersihan najis tersekat, membantu masalah sembelit dan mengempiskan perut dan paling penting, ia selamat dimakan.

Pengambilan Herblax boleh elakkan sembelit


ANDA MAHUKAN HERBLAX UNTUK ELAK SEMBELIT DENGAN PANTAS?

Hubungi saya segera melainkan anda memang suka nak meneran sembelit dengan rasa yang amat sakit.... 



Maisarah
Shaklee Independent Distributor
890066
0132015399
maisarahmohamad.uv@gmail.com




KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment