Tip mengepam susu lebih banyak pada satu masa.

Teks: Maisarah Mohamad

Salam pembaca budiman,

Biasakan, tatkala kita masih berpantang, susu bukan main meriah sebab masa dalam pantang kita tidak diselubungi  TEKANAN. Kita cuma penat, tapi masih lagi terkawal.

"Tapi kenapa bila dah naik kerja, makan dah banyak tapi susu makin kurang?"

Kata kunci disini adalah 'ketenangan'. Ibu yang mahukan susu yang meriah mesti mahu tenang.

Tenang yang macam mana?

"Saya rasa saya cukup tenang masa saya mengepam".

Tenang, tapi dalam fikiran macam-macam fikir tentang kerja. Adakah itu tenang?

Saya tak mahu panjang-panjang tulis. Hari ni saya nak kongsikan tip bagaimana anda boleh menghasilkan susu lebih banyak pada satu tempoh masa mengepam. Saya selalu melakukannya, dan saya pasti anda juga boleh.

TEKNIK MENGEPAM : MENGEPAM SELEPAS SETIAP KALI SELEPAS SEMBAHYANG. Kalau sempat Zikir (Subhanallah 34, Alhamdlillah 33, Allahakbar 33--> tak sampai 5 minit pun) dan berdoa. Selepas itu, mengepamlah dengan cara melihat video bayi, mendengar suara bayi atau melihat gambar bayi.... Insha Allah. Susu lebih banyak daripada keadaan tanpa kita sembahyang terlebih dahulu.

Syarat:
Makan dan minum macam biasa dengan gembira.
Masa pam kena tetap. Contoh pam setiap hari jam 1.45 tengahari. Sembahyang dulu, baru pam.
Anda juga boleh baca lebih lanjut asas penyusuan di sini untuk rujukan

Dah sedia nak cuba?

Dah cuba, nanti kongsi hasilnya ye.... Boleh kongsi di ruang komen di bawah.

ps: Dalam entri akan datang, saya akan kongsikan kenapa....mesti anda tertanya-tanyakan...

Salam tenang selalu untuk ibu menyusu,

Maisarah
0132015399


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment