Kita fikir kita makan selamat. Namun, ada juga mudarat. Salah pilihkah?

Salam pembaca yang budiman. Semoga sihat dan ceria hendaknya.
Berhujung minggu bersama dua anak dara kecil, hari ini kelapangan untuk menulis. Seorang terbungkam, seorang lagi sedang makan. 
Bercerita tentang apa yang kita makan, biasanya makanan akan menjadi menjadi darah daging. Akan tetapi, ia juga akan menjadi lemak atau toksin. Setuju?
Lemak pula terbahagi kepada dua, lemak baik dan juga lemak jahat. Sungguh jahat lemak itu kerana ia boleh membawa pelbagai mudarat! Toksin, menyebutnya sambil membayangkan tengkorak berpangkahkan tulang. Jelas bahayanya. Sekiranya badan tidak mendapat nutrisi yang cukup, lemak jahat akan bertambah seiring toksin yang memudaratkan kerana mereka tidak dapat diproses keluar.
Jadi bagaimana mahu menentukan apa yang kita bakal makan cukup nutrisinya, tidak merbahaya dan kurang mudaratnya?
Jom ikuti 3 langkah memilih makanan yang selamat dimakan.
1) Pilih makanan yang sebenar. Makanan yang perlu dimasak sebelum makan. Makanan yang saya maksudkan di sini adalah makanan seperti nasi, ayam, ikan dan sedikit daging daging merah yang berkualiti, yang perlu dimasak sebelum boleh dimakan. Elakkan makanan yang telah siap sedia untuk dimasak seperti makanan sejuk beku, atau makanan dalam peket yang boleh terus dimakan kerana kandungan garam sangat tinggi dan juga terdapat msg.
 2) Baca label produk sebelum membeli makanan dalam tin atau dalam plastik. Kalaupun terpaksa membeli makanan yang telah tersedia ini, adalah sangat penting untuk membaca label bagi memastikan kandungan makanan dan nutrien. Saya cukup ngeri sekiranya saya membaca label produk yang sangat panjang. Bagi saya, lebih sikit bahan kandungan dan bahan awet, lagi baik. Paling baik adalah, elakkan makan makan tersedia ini. Kuasa memilih sentiasa di tangan kita. 
3) Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini yang paling penting. Lagi banyak kita makan sayuran dan buah-buahan berbanding makanan 1 dan makanan 2, semakin rendah risiko untuk kita mendapat penyakit merbahaya seperti kanser. Emosi akan lebih stabil dan badan akan lebih sihat. Awet muda sudah tentu! Paling baik, pilihlah yang organik.
Inilah 3 langkah yang boleh anda ikuti untuk makan selamat dan menjauhi mudarat makanan tersebut. Selamat beramal....

Selepas ini, saya perlu menyenaraikan makanan yang perlu dibeli untuk minggu ini. Salah satunya yogurt kosong yang sangat penting kepada saya. Nak tahu kenapa, nantikan kepentingan yogurt dalam entri akan datang....
Sekian dahulu daripada saya.
Salam sihat cantik,
Maisarah Mohamad
SID best kalau kenal
890066
0132015399 (sms/whatsapp/telegram)

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment