Tip menaikkan semangat bila ia hilang atau suam-suam kuku.... cubalah!

Salam wahai pembaca budiman lagi sihat cantik berseri-seri,

Bermula hari ini, saya suka untuk berkongsi dengan pembaca semua tips baik-baik yang diemailkan kepada saya dalam apa jua bidang. Untuk kelihatan cantik, kita juga perlu mengurus emosi agar ia juga sihat dan cantik. Anggaplah perkongsian ini sebagai hadiah daripada saya kerana anda mengunjungi blog saya berkali-kali. 

Saya juga berfikiran menyebarkan perkara baik merupakan deposit saham akhirat, perlu bermula sekarang, setuju?

Jadi kali ini, andai kata semangat mula menghilang atau kehangatanya mula berkurang, ikuti tips ini :

3S-Emosi Terurus, Semangat Meletus (Sumber : NLPmalaysia.net)

Ramai yang seringkali mengeluh mengatakan mereka tiada mood dan semangat untuk melakukan kerja. Mereka rasakan sangat susah untuk memulakan sesuatu kerja apabila tiada mood. Adakah anda pernah
melalui saat-saat begini? Saya yakin anda pernah laluinya dan begitu juga dengan saya!

Namun, tahukah anda bahawa mood dan semangat ini boleh kita "jinakkan"? Ya, ia mampu dijinakkan. Mood dan semangat adalah sebuah emosi. Dan emosi adalah suatu perkara yang boleh diuruskan.
Jadi, pada hari yang bertuah ini ingin saya kongsikan bersama anda bagaimana menguruskan emosi agar mood dan semangat bersesuaian dengan apa yang perlu kita lakukan setiap masa dan ketika. Ianya
digelar "3S".

i.SENYUM
Banyakkan senyum kepada semua orang. Apabila kita senyum, otot-otot muka kita akan mengembang dan ia mampu memberikan mood yang ceria kepada kita.

ii.SENARAI SEMAK
Bagi memastikan mood kita sentiasa aktif, kita perlu ada senarai semak tugasan setiap hari. Apabila kita telah sediakan senarai semak ini, ia akan melancarkan segala urusan seharian kita. Disiplin dalam mematuhi senarai semak ini.

iii.SYUKUR
Dalam apa jua situasi, selalu lahirkan rasa syukur dalam diri kita. Fikirkan kelebihan yang telah Tuhan berikan kepada kita yang tidak dapat mampu dikecapi oleh orang lain.


Salam sihat cantik sepanjang masa,

Maisarah
0132015399

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment