Tempoh hari, tentang yogurt & perut.. kali ini tentang antioksidan dan organ dalaman pula

Mukaddimah;

Saya selalu terfikir begini, luka diluar boleh kita letak ubat, apa-apa krim daripada farmasi atau madu untuk tujuan penyembuhan luka tersebut.. tetapi bagaimana pula luka dalaman, kerosakan organ atau kerosakan sel-sel dalaman kita yang memang kita tidak pernah dan tidak akan pernah melihatnya???

Jika tahu pun, setelah kegagalan organ berfungsi dengan baik, contohnya diabetes iaitu kencing manis.. penyakit yang terhasil daripada kerosakan pada pankreas..

Memang betul ada cara merawatnya, dengan mengambil ubat yang diberi oleh doktor perubatan moden atau berubat kampung.... bermacam-macamlah petua makan itu, ini dan sebagainya.. Selalunya kita termasuk saya juga akan fokus kepada pemakanan, dan selalunya APA YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN... iaitu makanan manis. Sila jangan salah faham di sini ye, saya bukan penghidap diabetes.. Selalunya kita hanya fokus kepada apa yang tidak boleh dimakan untuk megurangkan paras gula dalam darah sedangkan pada masa yang sama kita sepatutnya juga perlu fokus kepada pemakanan yang boleh memulihkan kerosakan pada pankreas tersebut!

Kerosakan sel-sel dalam badan yang boleh membawa kepada penyakit-penyakit dalaman yang kita tidak akan nampak.... mereka dinamakan pembunuh senyap ye kawan-kawan... contohnya sakit jantung, kanser, kencing manis, sakit buah pinggang dan sebagainya...

Apa yang mendorong berlaku kerosakan-kerosakan ini? Banyak faktor.

Pemakanan
Pencemaran
Aktiviti lasak berlebihan
Sinaran Matahari
merokok
dan macam-macam lagilah..

Proses ini dinamakan pengoksidaan, macam besi.. besi baru yang berkilat -memang kuat.. pengoksidaan bagi besi menghasilkan karat iaitu bila ia dibiarkan dalam keadaan yang tidak dijaga permukaannya, lama-lama ia akan berkarat dan akhirnya rapuh sehingga boleh dipatahkan.. kita pun begitu juga..

Pengoksidaan bagi manusia menghasilkan radikal bebas, yang bila mana terlalu banyak dalam badan akan menyebabkan badan kita sendiri tidak sempat untuk meneutralkan radikal bebas, yang akhirnya boleh menyebabkan penyakit....

Perlu diketahui ye, dalam badan kita memang ada antioksidan, tapi bila dah terlalu banyak radikal bebas, antioksidan dalam badan pun dah tentu tak cukup, di sinilah perlunya untuk kita mengambil antioksidan daripada luar.... antioksidan daripada sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan dan juga daging-daging haiwan-haiwan yang diberi makanan yang kaya antioksidan...

Cuba anda ingat siapa di antara rakan-rakan anda yang sebahagian besar pemakanannya adalah sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan... ? Bagaimanakah kualiti fizikal dan kesihatan beliau? Kulit cantik dan jarang jatuh sakit bukan? Wajahnya pun jauh lagi muda daripada umur sebenar.... saya pernah mengenali seorang yang seperti ini, umurnya jauh berbeza dengan saya dan beliau memang makan tengahari hanya sayuran segar! Dan beliau adalah seorang LELAKI!

Apa lagi, mari pakat ramai-ramai cari antioksidan.. bukan untuk nampak cantik sahaja kawan-kawan.. tapi yang lebih penting memulihkan sel-sel dalaman, organ-organ penting kita yang kita tak nampak tuu... nak sapu apa-apa krim dah tentu tak boleh....

2 dalam 1, sihat dan cantik... semua orang mahu!! Tetapi, mana nak cari antioksidan ni?

Semua sayur ke?
Semua buah ke?
Semua ulam ke?

Fokus kepada kandungan antioksidan yang tinggi. Makanan yang kaya dengan beta carotene, vitamin A, C & E....

Ape tunggu lagi..google lah smile

p/s: Kalau begitu, saya fikir, antioksian juga sangat baguslah untuk ibu2 selepas bersalin, setujuuu?


 Pssst, nak bagitahu Shaklee pun ada produk antioksidan ni. :)

Mailah sms/wassup 0132015399 untuk keterangan lanjut - Sarah M


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment